10 March 2008

PM: keputusan p'raya satu pengajaran

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad berkata, keputusan pilihanraya umum Sabtu lalu menjadi pengajaran kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Presiden Umno itu berkata Umno dan BN mengakui keputusan yang diperoleh adalah satu isyarat yang perlu diberi perhatian dan mesti diterjemahkan dalam tindakan yang bakal diambil oleh mereka.

"Umno dan juga BN, kedua-dua telah sama-sama mengakui keputusan pilihanraya umum yang diadakan baru-baru ini. Kita terima dengan baik sebagai hasil satu pilihanraya yang telah berjalan dengan baik, adil dan telus," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Umno.

Abdullah yang juga Pengerusi BN, sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, diikuti mesyuarat Dewan Tertinggi BN dalam dua sesi berasingan secara berturut-turut, bermula jam 1.30 tengah hari dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang ini.

Menurut Bernana, perdana menteri berkata, walaupun tidak memperoleh mandat dua pertiga, kerajaan BN yang bakal dibentuk masih merupakan kerajaan yang kuat kerana hanya kekurangan lapan kerusi untuk mandat majoriti dua pertiga.

- malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment