17 March 2008

Pak Lah perlu berundur

Hasshim

Keputusan Pilihanraya yang mengejutkan BN perlu dibuat post-moreterm dengan segera. Orang bercakap di merata pelusuk negara tentang kekalahan BN di kebanyakkan tempat. Suara-suara yang menyuruh Pak Lah meletak jawatan PM jelas kedengaran di sana-sini. Tindakan Dato' Mukhriz dari Parlimen Jerlun adalah suara-suara ahli UMNO yang sebenarnya.

Saya juga sebagai se orang ahli UMNO yang telah bertugas hampir 20jam sehari semasa kempen 13 hari ingin menyatakan sokongan yang penuh terhadap Dato' Mukhriz dan mendesak sekeras-kerasnya agar Pak Lah melepaskan jawatan PM dengan kadar yang segera. Tujuannya adalah untuk kepentingan Negara, BN dan juga UMNO semata-mata dan bukan bertujuan menderhaka kepada peminpin no.1.

Satu kesilapan Pak Lah yang cukup besar adalah kerana penglibatan Khairy Jamaludin ( menantu Pak Lah) di peringkat tinggi dalam politik negara. Walaupun bertujuan baik dan ketokohan Khairy Jamaludin nampak jelas, namun rasa tidak puas hati dan fitnah tetap timbul di kalangan rakyat Malaysia, khususnya dari ahli UMNO sendiri. Kerana Khairilah golongan muda membenci kepimpinan PakLah. Kenyataan Pak Lah yang tidak mempengaruhi tindakan Khairy tidak langsung dapat meyakinkan sesiapapun. Kalau Khairy jadi menteri, segala bentuk tindakan beliau akan mempengaruhi semua pemimpin lain kerana tiket menantu PM.

Pada saya- Pemimpin-pemimpin yang menentang tindakan Dato' Mukhriz adalah dipengaruhi sifat mengampu yang telah lama menular di kalangan pemimpin UMNO khususnya. Dulu Pak Lah mengatakan dia sedia ditegur kalau buat kesilapan, kenapa sekarang tidak boleh terima. Apa akan jadi kalau senario politik yang seperti ini wujud di negara kita. Fikir-fikirlah sendiri.

Saya menegaskan di sini sekali lagi, Pak Lah perlu berundur dan Khairy boleh terus menjadi peminpin dan tidak lagi bersandar kepada Pak Mertua, barulah kita dapat melihat kredibiliti Khairy yang sebenarnya.Orang-orang di sekeliling dia pun kuranglah naik tocang.

Kepada pemimpin UMNO, gunakan akal dengan sewajarnya dan jangan terlalu mengampu. Negara nak terbalik pun masih nak mengampu lagi. Akuilah tindakan Dato' Mukhriz sesuatu yang sangat wajar demi politik BN dan UMNO.


Hasshim
Ahli UMNO Jerlun
Hsm7063@yahoo.com

http://www.umno-reform.com

No comments:

Post a Comment