18 March 2008

Mukhriz Lepas Kali ke-2

Tiada tindakan terhadap Mukhriz

KUALA LUMPUR 18 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan mengambil tindakan terhadap Datuk Mukhriz Mahathir kerana tindakan Exconya itu menulis surat kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah bersifat peribadi.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu diputuskan oleh mesyuarat Exco pergerakan itu hari ini.

Mukhriz lega tidak dikenakan tindakan

KUALA LUMPUR 18 Mac - Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir lega apabila tidak dikenakan tindakan ekoran suratnya yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran pencapaian buruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum lalu.

Utusan


Tiada tindakan pada Mukhriz

Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir, yang mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan, tidak dikenakan sebarang tindakan ketika mesyuarat pergerakan itu hari ini.

Di sidang akhbar selepas mesyuarat, ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pergerakan itu menyerahkan perkara itu kepada Perdana Menteri dan juga presiden Umno.

Sementara itu Mukhriz pula memberitahu media, beliau tetap dengan pendiriannya seperti tercatat dalam suratnya.

"Kita mahu parti jadi lebih relevan dan diterima semula oleh orang ramai," katanya.

Beliau kini gembira kerana sudah wujud ruang bersuara dalam Pemuda Umno.

Minggu lalu, melalui sepucuk surat, Mukhriz menggesa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan-jawatannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno bagi memulihkan parti itu dan kerajaan BN.

"Hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri dan presiden Umno oleh Datuk Seri sendiri dapat pemulihan Umno, BN dan negara dilakukan dengan jaya," katanya suratnya kepada Abdullah.

Surat bertarikh 12 Mac itu turut diedarkan kepada timbalan Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak, dua naib presidennya Datuk Wira Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan juga setiausaha agung Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Malaysiakini difahamkan surat dua halaman itu tidak bertujuan diedarkan kepada umum, namun ia kini mula diterbitkan di beberapa laman web dan blog politik.

Mengulas desakan tersebut, Abdullah minggu lepas menyerahkan isu Mukhriz itu kepada Pemuda Umno.

Perdana Menteri juga dilaporkan berkata: "Sehari sebelum dia hantar surat itu pada saya, dia telahpun keluarkan satu kenyataan mengatakan dia sokong dan dia memahami apa yang berlaku itu merupakan satu collective responsibility (tanggungjawab bersama) dan beberapa kenyataan lain yang dilihat sebagai kenyataan positif terhadap saya.

"Tiba-tiba dia tukar pulak... hanya sehari setelah itu hantar surat bukan hanya pada saya tetapi juga Datuk (Seri) Najib (Tun Razak) dan seluruh negara."

Malaysiakini

Isu suruh PM letak jawatan : Mukhriz bebas

Mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia hari Selasa memutuskan tindakan exconya Datuk Mukhriz Mahathir yang menghantar surat kepada Perdana Menteri memintanya meletakkan jawatan dianggap tidak bersalah.

Keputusan ini dibuat kerana surat berkenaan bersifat peribadi dan penyebaran surat berkenaan dibuat oleh pihak lain tanpa pengetahun Mukhriz sendiri.

Keputusan Pemuda itu telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh para penyokong Mukhriz yang turut berada di luar bilik mesyuarat semasa sidang media diadakan.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, ada agenda yang lebih besar yang perlu diselesaikan oleh Pemuda dan Pemuda mahu melupkan episod surat Mukhriz berkenaan.

Sementara itu, Mukhriz ketika ditemui wartawan selepas sidang akhbar berkenaan berkata, beliau tetap berpegang kepada surat yang dihantarnya kepada Perdana Menteri.

Beliau menjelaskan semasa mesyuarat Exco Pemuda keputusan yang dicapai ialah mereka bersetuju untuk tidak bersetuju berhubung dengan isu berkenaan.

No comments:

Post a Comment