24 March 2008

Menderhaka kepada Idris atau Sultan

Bakal MB terlucut keahlian Umno

Dalam perkembangan yang semakin menggemparkan di Terengganu, calon menteri besar Datuk Ahmad Said telah terlucut keahliannya dalam Umno kerana mengengkari arahan Umno Malaysia supaya tidak menerima watikah pelantikannya itu.

Ahmad, yang gagal mengangkat sumpah jawatan tersebut hari ini akibat pemulauan 23 lagi wakil rakyat BN, menerima watikah pengisytiharan pelantikannya daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud, di Istana Tetamu, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, tarikh upacara angkat sumpah belum ditentukan lagi.

(Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment