KUALA LUMPUR 16 Mac - Belum pun seminggu menggalas jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengadu `terperanjat’ dengan beban kerja barunya itu.
Beliau meluahkan perasaan demikian kerana tidak menjangkakan peranan sebagai seorang Menteri Besar akan menuntutnya bekerja bagi tempoh yang lama setiap hari.
Menurutnya, beliau tidak ada masa untuk berehat selepas memegang jawatan itu setelah terpaksa berada di pejabat seawal 6 pagi setiap hari.
Keadaan itu, katanya, nyata berbeza selepas meninggalkan dunia korporat apabila beliau lebih banyak berehat.
“Saya tidak sangka kerja sebegini banyak (selaku Menteri Besar) tetapi saya akan tetap bekerja,” katanya di sini hari ini.
Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri majlis kesyukuran meraikan kemenangannya di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.
http://www.utusan.com.my
No comments:
Post a Comment