31 March 2008

KDN tidak berganjak keputusan tahanan Hindraf

KUALA LUMPUR 31 Mac — Kementerian Dalam Negeri tidak akan berganjak daripada keputusan mengekalkan penahanan lima pemimpin pertubuhan haram Hindraf mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu mendesak supaya mereka dibebaskan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, Samy Vellu berhak menyuarakan apa yang diperjuangkan oleh MIC, namun tindakan terhadap golongan itu adalah berdasarkan proses yang diiktiraf undang-undang.

“Tugas saya ialah menentukan apa juga isu yang dibuat, bukan satu keputusan berasaskan keputusan saya, tetapi berasaskan proses-proses yang diiktiraf undang-undang dalam menentukan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin,” katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman di sini hari ini, lawatan pertamanya ke situ sejak dilantik menerajui kementerian itu pada 18 Mac lepas.

- Bernama

No comments:

Post a Comment