malaysiakini.com Sekat pemimpin Umno dengar Dr Mahathir, Khir?
Penganjur forum untuk menilai ketewasan teruk Umno dan BN dalam pilihanraya umum 8 Mac mendakwa ketua penerangan parti itu Tan Sri Muhammad Muhd Taib melarang ahli-ahli menyertainya.
Forum bertajuk 'Umno Pasca Pilihanraya ke-12: Satu Penilaian', anjuran sekumpulan penyokong Umno MyKmu.net, disertai oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo.
Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir dan ketua penerangan Johor Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi turut diundang sebagai pembicara di majlis itu yang dijadual di sebuah hotel di Petaling Jaya, esok.
Di laman webnya, MyKmu.net mendakwa Muhammad yang juga ketua baru badan perhubungan Umno Selangor memberi amaran kepada wakil rakyat dalam satu pertemuan semalam.
Susulan larangan itu, lapor laman web semalam, "sehingga kini kami belum dapat pengesahan sama ada ahli panel forum Dr. Khir akan hadir atau tidak.
"Memandangkan Dr. Khir merupakan wakil rakyat BN dan ketua bahagian Umno, penganjur masih tertanya-tanya keadaan ini sungguhpun beliau sudah mengesahkan penyertaan sebelum ini."
Ia juga mendakwa, Muhammad turut menghubungi ketua-ketua bahagian di Selangor agar tidak menghadiri majlis yang bermula jam 9 pagi itu.
http://www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment