17 March 2008

Harga minyak mentah melonjak kepada AS$111.42 setong

SINGAPURA 17 Mac – Harga minyak mentah melonjak ke paras tertinggi dalam dagangan di Asia hari ini berikutan kejatuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan pasaran saham serantau.

Minyak mentah ‘light, sweet’ bagi penghantaran April melambung kepada AS$111.42 (RM356.54) setong dalam dagangan elektronik menerusi New York Mercantile Exchange di sini hari ini.

Saham di Asia jatuh mendadak selepas kebimbangan mengenai sistem kewangan AS menyebabkan saham merudum di Wall Street.

– AP

No comments:

Post a Comment