Kemelut Terengganu: Peguam Negara gagal menghadap Agong
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Percubaan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai untuk menyelesaikan kemelut perlantikan Menteri Besar Terengganu, menemui kegagalan.
Laman berita Malaysian Insider melihat perkara itu sebagai penolakan yang jelas oleh pihak istana, yang mengambil pendirian yang tegas menolak tindakan Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar (MB).
Perkembangan itu juga dilihat menajamkan lagi pertembungan antara Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Abdullah.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said yang menerima pelantikan MB yang dibuat oleh pihak istana membayangkan jawatannya "mungkin tidak lama".
Walaupun jawatan ini mungkin tidak lama, tetapi berdasarkan peruntukan undang-undang tiada siapa boleh mempertikaikan kedudukan saya sebagai MB, sebuah akhbar tempatan memetik beliau berkata ketika ditemui di kediaman ibunya di Kampung Teluk Kalong, Kijal dekat sini petang ini, sekembalinya dari Kuala Lumpur.
Ahmad, 51, dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di ibu negara.
http://www.harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment