Oleh Wartawan KLpos.com
Isnin, 17 Mac 2008
JIKA dalam pilihanraya ke 10, Presiden PAS Datuk Fadzil Noor dilantik Ketua Pembangkang selepas PAS menang 28 kerusi Parlimen, dan pada tahun 2004, Penasihat DAP Lim Kit Siang mengambil alih tugas tersebut.
Kali ini tiba giliran Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Seorang pemimpin PKR memberitahu KLpos.com, partinya akan mencalonkan Wan Azizah sebagai ketua pembangkang di Parlimen kali ini.
PKR mempunyai kerusi Parlimen paling banyak selepas Umno, iaitu 31, diikuti DAP 28 dan PAS 23.
"Kami akan berunding dengan DAP dan PAS, bagaimanapun kita yakin Wan Azizah adalah calon terbaik yang dapat menyatukan semua pihak," katanya.
Pakatan pembangkang memenangi 82 kerusi Parlimen lebih banyak dari BN di Semenanjung Malaysia.
http://klpos.com
No comments:
Post a Comment