14 March 2008

BPR Mula Tunjuk Taring

BPR tahan dua pegawai kastam terima rasuah

KUALA LUMPUR 14 Mac – Badan Pencegah Rasuah (BPR) Batu Pahat menahan dua orang pegawai kastam kerana disyaki menerima wang rasuah RM5,000 daripada seorang pemilik kilang di Bakri, Muar, Johor, Rabu lepas.

BPR dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedua-dua pegawai kastam itu, termasuk seorang pegawai kanan yang bertugas di Jabatan Kastam Bakri, ditahan pada pukul 3.36 petang di Kilang K.H.Coating di Taman Seri Jeram Tiga, Bakri.

Kedua-dua mereka yang berusia 51 dan 41 tahun itu disyaki meminta RM20,000 dan menerima wang penda huluan RM5,000 daripada pemilik kilang itu sebagai dorongan agar tidak mengganggu perniagaannya.

Sementara itu, pada hari yang sama, BPR Langkawi menahan seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat Leftenan Komander pada pukul 9.50 malam kerana disyaki menerima wang suapan sebanyak RM6,800.

Pegawai yang berusia 45 tahun itu dan bertugas sebagai Komandan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Beringin, Langkawi menerima suapan antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan daripada kontrak tor-kontraktor yang membekalkan perkhidmatan di kem PLKN tersebut.

Pegawai TLDM dan kedua-dua pegawai kastam itu disiasat mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Dalam satu kes berasingan, seorang anggota polis ber pangkat Lans Koperal didapati bersalah oleh Mahkamah Seksyen 1 Miri atas 13 pertuduhan kesalahan rasuah.

Tertuduh didakwa menerima wang rasuah berjumlah RM32,500 melalui akaun Bank Bumiputra Berhad dan akaun Bank Simpanan Nasional miliknya sebanyak 13 kali antara 19 Julai 1997 dan 5 Feb 1998 daripada seorang lelaki Cina.

Suapan itu sebagai dorongan supaya tertuduh tidak mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut bersama rakannya kerana menjalankan aktiviti pelacuran di Miri.

Untuk kesalahan tersebut dia dijatuhkan hukuman penjara selama 54 bulan dan denda RM20,000. Hukuman berkenaan bagaimanapun ditangguhkan bagi memboleh kan tertuduh memfailkan rayuan.

Tertuduh didapati bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan sebelas pertuduhan di bawah seksyen 4(a) Akta Pencega han Rasuah 1961. — Bernama

No comments:

Post a Comment