08 March 2008

Berita Undi Pilihan Raya - Pengundi hantu dikesan di Arau, Dr Haron Din buat bantahan

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Harakahdaily mendapat makluman terkini keadaan di Rusila, apabila Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir memaklumkan bahawa keadaan di sana terkawal.

"Saya baru menerima panggilan dari Tuan Guru Presiden PAS dari Ruslia. Keadaan di sana kini terkawal. Petugas-petugas PAS diarahkan kembali bertugas dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pilihan raya,"katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Tambahnya, anak Tuan Guru, Mohd Khalil sebelum ini ditahan oleh pihak polis untuk direkod kenyataannya.

"Beliau kini berada di Hospital KT kerana menerima rawatan kecederaan ringan yang dialaminya,"katanya lagi.

Menurutnya, Tuan Guru menasihatkan semua ahli-ahli dan penyokong parti di tempat-tempat lain agar memberi tumpuan kepada tugas masing-masing dan jangan memberi ruang kepada pihak BN untuk mengambil kesempatan dari keresahan dan kegusaran yang dialami.

"Tuan Guru Presiden sendiri kini berihat di rumah dan sedang menguasai suasana di sana. Masjid Ruslia melalui sistem siar rayanya sedang mengarahkan orang-ramai agar keluar mengundi seperti biasa,"jelasnya lagi.

- http://www.harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment