31 March 2008

Adun Buntong batal keluar DAP - MalaysiaKini

malaysiakini.com @ Adun Buntong batal keluar DAP

Kejutan pengunduran wakil rakyat Buntong, A Sivasubramaniam, daripada DAP berakhir petang ini apabila beliau menarik balik surat itu selepas enam jam.

Dalam suratnya kepada setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng sebelum itu, Sivasubramaniam mendakwa, pengerusi DAP Perak, Ngeh Khoo Ham gagal menunaikan janjinya untuk melantik dua wakil rakyat kaum India menganggotai barisan exco negeri itu.
Berikut teks lengkap:

(dialamatkan kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng)

Peletakan semua jawatan dalam parti dan keluar dari parti
Sivasubramaniam a/l Athinarayanan

Adalah merujuk perkara di atas,

Sehubungan dengan pengumuman seperti di atas, saya dengan ini meletakkan semua jawatan yang saya menjawat selama ini dalam parti termasuk keluar dari parti.

Saya mengambil keputusan ini berdasarkan rasa tidak puas hati dan hilang kepercayaan terhadap pimpinan pengerusi DAP Perak.

"DAP tidak menghormati suara Makkal Sakti"

Agihan kerusi ahli exco kerajaan negeri kepada dua pemimpin India tidak dilaksanakan seperti dijanjikan oleh pengerusi Perak sebelum ini. Keputusan ini adalah satu tamparan besar dan juga penipuan kepada masyarakat kaum India di negeri Perak.

Kemenangan parti DAP pada pilihanraya yang lepas adalah melalui suara Makkal Sakti.

Kemenangan saya di kawasan Buntong pada pilihanraya ke-12 adalah satu mandat dan kepercayaan yang diberi oleh masyarakat kaum India (Makkal Sakti) di kawasan yang saya tandingi.

Satu ketika kubu kuat Barisan Nasional. Kemenangan saya adalah kemenangan rakyat kawasan Buntong, saya tidak boleh menerima keputusan yang dibuat oleh pemimpin DAP Perak.

"Divide and rule"

Justeru dengan pengumuman ini segala keputusan yang saya ambil dalam surat ini adalah muktamad.

Sekian.

(tanda tangan)
Sivasubramaniam

daripada malaysiakini

http://www.tranungkite.net

No comments:

Post a Comment