Parti Keadilan Rakyat membantah sekeras-kerasnya usaha sesetengah pemimpin dan calon dari BN yang hendak membeli calon-calon KeADILan serta parti-parti luar kerajaan yang lain, supaya mereka menarik diri dari bertanding.
Kami mempunyai bukti jelas bahawa seorang calon negeri di Selangor telah diberi bayaran tinggi supaya tidak hadir masa pencalonan semalam. Kami juga menganggap bahawa permainan kotor berlaku di Johor sehingga seorang menteri menang tanpa bertanding.
Sekarang ini, selepas calon-calon diumumkan, beberapa orang calon kami di peringkat Parlimen dan negeri telah dihubungi dan ditawar wang yang banyak supaya mengumumkan penarikan diri dari bertanding.
Salah seorang daripada mereka ditawarkan RM1juta di sebuah kawasan Parlimen di mana seorang menteri kanan bertanding.
Parti Keadilan Rakyat mendesak sekuat-kuatnya supaya pihak berkenaan, terutamanya SPR, BPR dan polis memantau dan menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya supaya pilihanraya ini tidak dicemari korupsi.
- http://www.harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment