KUALA LUMPUR, 7 Feb (Hrkh) - Pengerusi Gerakan Anti Korupsi (Gerak), Esam Mohd Noor hari ini mengadakan kunjungan ke Harakah antara lain bertemu Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman untuk membincangkan beberapa isu korupsi dalam kerajaan Umno-BN.
Beliau yang ditemani rakan karibnya, Abdul Ghani Haroon (bekas tahanan ISA) turut menyentuh dakwaan-dakwaan rasuah yang membabitkan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo yang pernah didedah Ahmad Lutfi.
Pertamuan diadakan di Bilik Mesyuarat Editorial pada jam 3.30 petang hingga 5.00 petang bersama beberapa kakitangan Editorial Harakah.
Ezam antara lain turut berkongsi pengalaman dengan Ahmad Lutfi mengenai pendedahan isu-isu rasuah.Beliau turut memaklumkan aktiviti Gerak kini yang tertumpu kepada kelompok mahasiswa.
Beliau turut memberi komitmen untuk menjalankan kempen anti rasuah di Kelantan semasa musim pilihan raya ini selain menyatakan bahawa Gerak akan mengeluarkan satu manifesto sempena pilihan raya.
- HarakahDaily
No comments:
Post a Comment