KUALA LUMPUR: Penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) gempar seketika apabila menyaksikan enam penjenayah termasuk seorang wanita menyamun tiga lelaki sebelum membelasah dan memukul mereka dengan botol arak di Bandar Tasik Permaisuri di sini, semalam.
Difahamkan sebelum kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, kumpulan samseng terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita makan di sebuah restoran berdekatan.
Lima lelaki terbabit kemudian menuju ke laluan pejalan kaki menuju Stesen LRT Bandar Tasik Selatan dan menyamun tiga lelaki berusia lingkungan 20-an sementara rakan wanita mereka sudah sedia menunggu dalam Proton Iswara warna kelabu di penghujung jalan.
Dua daripada mangsa dibelasah dan dipukul dengan botol arak di kepala dan mulut walaupun ketika itu orang ramai lalu-lalang.
Kelima-lima suspek kemudian melarikan diri ke kawasan semak berhampiran selepas menyamun tiga telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM200 daripada ketiga-tiga mangsa.
- Harian Metro
No comments:
Post a Comment