14 January 2008

Samy akan dipanggil beri keterangan

PETALING JAYA 14 Jan. _ Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu akan dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung kes pembunuhan Timbalan Pengerusi MIC Johor, Datuk S. Krishnasamy.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, beliau sendiri akan menghubungi Samy bagi membantu polis dalam siasatan kes tersebut.

``Saya akan telefon beliau tetapi saya harap mana-mana pihak jangan buat spekulasi,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melawat pusat kawalan CCTV Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini hari ini.

Samy yang juga Menteri Kerja Raya dilaporkan media semalam bahawa mendiang wakil rakyat Tengggaroh itu pernah menerima panggilan telefon berbentuk ugutan sebelum kematiannya Jumaat lepas.- Utusan

- Utusan

No comments:

Post a Comment