KUALA LUMPUR, 2 Jan (Hrkh) - Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman tidak sepatutnya menjadi 'makhluk yang menyalak' dalam pagar BN tetapi perlu menyahut cabaran Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub untuk berdebat berhubung ketelusan SPR menjalankan tugas dalam setiap kali pilihan raya dijalankan.
Menurut beliau, debat itu perlu diadakan supaya rakyat mengetahui hakikat sebenar perjalanan pilihan raya yang konon didakwa telus tanpa ada penyelewengan.
Beliau berkata, Rashid banyak mengeluarkan kenyataan yang bersengkokol dengan Umno/BN dan beliau pernah mengatakan peraturan pilihan raya itu ketinggalan zaman.
Merujuk kenyataan Rashid supaya pembangkang memulaukan pilihan raya katanya, sudah tentu rakyat akan memilih cara lain yang tidak demokratik dan boleh menjejaskan kestabilan politik negara.
"Saya percaya bahawa rakyat tidak mahu Malaysia menjadi seperti Pakistan atau Iraq dan pembangkang mesti menyediakan saluran untuk rakyat untuk melepaskan rasa marah dan tidak puas hati mereka," tegas beliau dalam sidang media di pejabat Pemuda, pagi tadi.
Salahuddin berkata kenyataan Rashid itu seolah-olah sengaja menggalakkan rakyat menggunakan cara tidak demokratik melalui penipuan pilihan raya.
Beliau mendakwa sebenarnya Rashid berdendam dengan kejayaan perhimpunan 100 ribu rakyat anjuran Bersih pada 16 November lalu.
Katanya, Rashid tidak senang dengan bantahan 100 ribu rakyat yang mengemukakan tuntutan daftar pemilih perlu dibersihkan, dakwat celup jari, hapuskan undi pos dan memberi ruang media untuk laporan yang adil.
"Rashid cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan menjadikan protes dan ketidak puasan hati rakyat terhadap sistem pilihan raya yang begitu korup untuk dijadikan premis mendesak pembangkang memberi kemenangan percuma kepada BN," tegasnya.
Tambah beliau, Rashid yang mempunyai `lidah bercabang' sepatutnya membebaskan SPR daripada pengaruh BN dengan mengadakan satu pilihan raya yang telus dan diyakini rakyat.
(HarakahDaily)
No comments:
Post a Comment