28 October 2021

BN dikompaun RM10,000 kerana langgar SOP


SHAH ALAM - Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional (BN).

Menurut satu kenyataan, BN didapati kerana telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi penganjuran majlis sosial.

BN telah mengadakan Pelancaran Jentera BN Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Pusat Dagangan Dunia (WCT) di Kuala Lumpur pada Rabu malam.

Sebelum itu, seorang ahli Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (Muda) dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 selepas mengadakan satu sidang media di Melaka.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata hanya lima orang hadir pada sidang media itu yang diadakan di kawasan terbuka, malah mereka juga menjaga penjarakan fizikal.

Ahli Muda, Amira Aisya dikompaun RM4,000 oleh polis kerana didakwa melanggar SOP berkaitan Covid-19.

Sidang media selama 10 minit itu diadakan bagi mengumumkan keputusan parti itu untuk bertanding pada PRN Melaka. 

Sumber berita : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment