02 August 2021

Dibunuh kejam geng sindiket 'keldai akaun'

Pengawal keselamatan yang ditemui mati di sebuah bilik hotel di Jalan Ceylon di sini, Sabtu lalu, dipercayai pernah dijadikan 'keldai akaun' oleh sindiket penipuan tempatan.

Ia susulan penahanan tujuh lelaki yang dipercayai suspek utama yang terbabit dalam kejadian bunuh mangsa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menerima laporan pertama berhubung kehilangan pengawal keselamatan itu pada 29 Julai lalu dibuat oleh isteri mangsa.

Susulan itu pihak polis menyerbu satu unit pangsapuri di Jalan Kuching di sini, sebelum berjaya menyelamatkan empat lelaki dan seorang wanita yang dikurung di sebuah kediaman.

Sumber : Harian Metro


Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh di Bukit Bintang


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah premis di Lorong Bukit Ceylon, Bukit Bintang, awal pagi tadi.
Mangsa yang berusia 28 tahun itu, ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada isteri mangsa kira-kira 4.15 pagi.
Astro Awani 1 Ogos 2021

Tujuh ditahan dipercayai terlibat kes bunuh pengawal keselamatan


KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh lelaki warga tempatan yang disyaki membunuh seorang pengawal keselamatan di sebuah bilik hotel di Jalan Ceylon, Bukit Bintang, Sabtu lalu.

Mangsa berusia 28 tahun itu dilaporkan hilang oleh isterinya selepas gagal dihubungi sejak keluar dari rumah, Khamis lalu.

Isteri mangsa memaklumkan dia mendapat maklumat suaminya berada di sebuah apartment di Jalan Kuching, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, susulan itu polis menyerbu apartment berkenaan dan menyelamatkan empat lelaki dan seorang wanita yang dikurung dalam satu unit kediaman.

Katanya, siasatan mendapati kesemua individu terbabit adalah mangsa keldai akaun yang didalangi tujuh lelaki.

“Isteri mangsa memaklumkan seorang rakan suaminya membawa suaminya ke sebuah hotel di Jalan Bukit Ceylon sebelum ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azmi, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mengesan lima lelaki dipercayai berada bersama-sama mangsa di dalam bilik berkenaan.

Jelasnya, susulan itu, polis menahan tujuh lelaki tempatan berusia 18 hingga 26 tahun menerusi dua serbuan di Jalan Kuching pada Sabtu lalu dan di Bangsar South semalam.

“Penahanan itu turut membongkar mangsa dijadikan keldai akaun oleh suspek untuk kegiatan penipuan mereka.

“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM24,901 serta beberapa barang seperti sepucuk pistol angin, telefon bimbit pelbagai jenama (31) dan kad bank (34),” katanya.

Tambah Azmi, semua tangkapan mendapat perintah reman selama enam hari bermula semalam hingga Selasa depan.

Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh. – UTUSAN ONLINE


Terdahulu, mangsa seorang pengawal keselamatan dilaporkan hilang oleh isterinya yang gagal menghubungi suaminya, selepas keluar dari rumah pada 29 Julai lalu.

"Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian disebabkan trauma tumpul di muka dan kepala yang mengakibatkan pendarahan di bawah selaput otak" katanya.

Bharian



No comments:

Post a Comment