12 June 2021

COVID-19 : 914 ICU, 459 PERNAFASAN, 76 KEMATIAN


5,793 kes baru, angka kematian bulan ini lebih 1,000

Kementerian Kesihatan (KKM) hari memaklumkan sebanyak 5,793 kes baru Covid-19 dilaporkan sepanjang 24 jam lalu.

Pada masa sama, seramai 8,334 pesakit dilaporkan sembuh hari ini. Ia merupakan angka sembuh tertinggi setakat ini.

Ia juga menandakan bilangan kes aktif terus menurun buat enam hari berturut-turut.

Bagaimanapun terdapat 76 lagi pesakit meninggal dunia, menjadikan jumlah korban untuk bulan ini sahaja seramai 1,048 orang.

Jumlah pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) serta yang memerlukan bantuan pernafasan terus mencatatkan angka tertinggi.

Berikut maklumat utama penularan wabak Covid-19 hari ini:

    Kes sembuh: 8,334
    Kes baru: 5,793 (6 kes import)
    Kes kematian: 76 (jumlah keseluruhan - 3,844)
    Pesakit dalam ICU: 914
    Pesakit perlu bantuan pernafasan: 459

Selangor terus mengatasi negeri-negeri lain dengan sebanyak 1,582 kes direkodkan.

Kematian

Sebanyak 27 kes kematian dilaporkan di Selangor, masing-masing sembilan kematian di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Ia diikuti dengan Johor (8), Sabah (5), Melaka (5), Sarawak (4), Kelantan (3), Kedah (2), dan masing-masing satu kematian di Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Labuan.

Terdapat lima pesakit yang dinyatakan mati ketika tiba di hospital. Terdapat tiga korban di bawah usia 40 tahun, dengan dua daripadanya tidak mengidap sebarang penyakit lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai kes kematian, layari laman penjejak Covid-19 Malaysiakini.

Kluster

KKM turut memaklumkan terdapat 24 kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 761 kluster.

Sebanyak 15 kluster baru dalam kategori tempat kerja, diikuti dengan tujuh kluster komuniti dan dua kluster pusat tahanan.

Sumber : Malaysiakini

No comments:

Post a Comment