12 June 2021

COVID-19 : 912 ICU, 458 PERNAFASAN, 84 KEMATIAN


6,849 kes baru, lebih separuh di Lembah Klang

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,849 kes Covid-19 baru.

Kes aktif menurun bagi hari keempat berturut-turut tetapi jumlah pesakit yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) mencatat rekod baru.

Kes aktif: 78,864
Pesakit di ICU: 912
Memerlukan bantuan pernafasan: 458

Selama 24 jam sehingga tengah hari tadi, 99,974 individu diuji.

Sebanyak 6.85 peratus didapati positif.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan agar kerajaan menyasarkan kadar positif kurang dari lima peratus, dengan melakukan lebih banyak ujian.

Kematian

Sebanyak 84 kematian lagi dilaporkan hari ini. Angka kematian Covid-19 setakat ini berjumlah 3,768.

Jun 2021 mencatatkan kematian tertinggi akibat Covid-19 setakat ini. Hanya dalam 11 hari pada bulan Jun, terdapat 2.5 kali lebih banyak kematian Covid-19 berbanding April.

Selangor (19) melaporkan jumlah kematian tertinggi diikuti oleh Sarawak (12), Negeri Sembilan (9), Labuan (8), Johor (7), Kuala Lumpur (7), Sabah (6), Pahang (6), Terengganu (3), Melaka (2), Kedah (1), Kelantan (1), Pulau Pinang (1), Perlis (1) dan Perak (1).

Terdapat 16 kes yang dinyatakan mati ketika tiba di hospital. Terdapat empat korban di bawah usia 40 tahun.

Sumber : Malaysiakini

No comments:

Post a Comment