20 June 2021

COVID-19 : 880 ICU, 454 PERNAFASAN, 60 KEMATIAN


COVID-19: 5,293 kes baharu, Selangor tertinggi dengan 1,680 kes


KUALA LUMPUR : Sebanyak 5,293 kes baharu COVID-19 direkodkan sepanjang 24 jam yang lalu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 696,408.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, Selangor masih mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,680 kes, diikuti Negeri Sembilan 693 kes dan Sarawak sebanyak 661 kes.

Sementara itu sebanyak 60 kes kematian baharu dilaporkan sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 4,408 kes.

Berdasarkan jumlah kes baharu yang dilaporkan, Dr Noor Hisham memaklumkan, terdapat tujuh kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.

"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 63,815," katanya.
Setakat ini, 880 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 454 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Angka kes sembuh hari ini melebihi jumlah kes baharu iaitu sebanyak 5,941 kes dengan keseluruhan jumlah kes pulih sebanyak 628,185 kes.

Sumber : Astro Awani

No comments:

Post a Comment