09 May 2021

Lelaki didakwa cuba jatuh institusi kehakiman didakwa esok


SEPANG - Seorang lelaki yang dipercayai cuba menjatuhkan institusi kehakiman negara menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube akan didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang esok.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kertas siasatan telah dilengkapkan ke pejabat peguam negara serta arahan tuduh telah dikeluarkan terhadap suspek.

"Kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Pautan video tersebut telah memaparkan satu video yang bertajuk 'Hakim kes 1MDB diugut oleh Najib Razak dalam mahkamah Malaysia?1?' berdurasi selama lebih kurang 20 minit di laman Youtube.

"Kertas siasatan telah dilengkapkan dan dimajukan ke Pejabat Peguam Negara dan arahan tuduh suspek di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, tular video di Youtube memaparkan seorang lelaki yang mempersoalkan kewajaran penukaran ketua Hakim Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Jenayah) kepada Mahkamah Tingi Kuala Lumpur (sivil) berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Sumber : Sinar Harian

 

 


No comments:

Post a Comment