07 May 2021

Konstabel ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala, tiga rakan serumah direman

KUCHING: Polis Sarawak menahan tiga anggotanya di Sibu pada Jumaat bagi membantu siasatan terhadap rakan serumah mereka yang ditemui mati dengan kesan tembakan pada Khamis.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan tangkapan tersebut.
“Ya, kita buat tangkapan tiga orang yang berada di rumah itu. Tiga orang anggota (polis) yang sama tinggal, ada di rumah tersebut. Kita reman dan lakukan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita tidak tahu yang mana satu suspek jadi kita reman ketiga-tiga untuk siasatan. Kita sedang buat siasatan dan berdasarkan tangkapan itu kita akan rekod (keterangan) dan juga buat siasatan siapa yang menembak,” katanya.

Dalam insiden sekitar jam 7 malam tadi, seorang anggota polis, Norhalim Tumiran, 24, yang baharu sebulan melaporkan diri bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal Sibu ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala.

Mangsa yang juga rakan serumah tiga suspek terbabit ditemui mati di ruang tamu rumah sewa mereka.
Mangsa yang berasal dari Pahang meninggalkan seorang isteri dan seorang anak yang berusia setahun.

Sumber : Astro Awani

No comments:

Post a Comment