12 October 2020

Sembilan orang awam maut selepas bandar Ganja di Azerbaijan dibedil roket

 


GANJA, 12 Okt -- Kementerian Pertahanan Azerbaijan pada Ahad mendakwa roket Armenia membedil sebuah kawasan perumahan di Ganja yang menyaksikan orang awam terkorban, lapor agensi berita Sputnik.

Kejadian itu dilaporkan menyebabkan sembilan orang terbunuh manakala 34 yang lain cedera.

Insiden terjadi sebaik kedua-dua pihak yang terbabit dalam konflik Nagorno-Karabakh bersepakat untuk melakukan genjatan senjata. 

Bagaimanapun, pihak tentera Armenia menafikan dakwaan Baku itu. 

Sebuah hospital di Ganja, bandar kedua terbesar di Azerbaijan, menerima 20 orang mangsa yang cedera akibat serangan roket itu, kata doktor Gafar Ibragimov. 

"Kami merawat 20 pesakit, dua daripadanya parah. Terdapat lima kanak-kanak di bawah umur tiga tahun antara pesakit yang dirawat," kata Ibragimov.

Tambah doktor itu seorang wanita yang merupakan kakitangan hospital turut maut dalam insiden berkenaan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment