27 November 2018

Jangan guna kedudukan menteri untuk lakukan provokasi, kata Zahid

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi ingatan kepada seorang menteri agar jangan cuba menjadi wira dengan menimbulkan provokasi, ekoran kes rusuhan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya.

Dalam satu sidang media di Parlimen hari ini, Presiden UMNO itu berkata, sepatutnya menteri berkenaan, yang dipertanggungjawabkan dengan portfolio perpaduan, harus mengambil bersikap adil dan mengutamakan undang-undang sedia ada.
“Dalam hal ini jangan ada mana-mana pihak yang merasakan seolah-olah menjadi wira kepada sesuatu agama apatah lagi jika portfolio dipegangnya untuk wujudkan perpaduan.

“Tapi jangan kedudukan (menteri) ini dijadikan sebagai suatu tempat untuk mewujudkan provokasi kepada penganut agama berkenaan atau penganut agama lain,” katanya lagi.
Walaupun tidak menamakan menteri berkenaan, kenyataan Ahmad Zahid dipercayai ditujukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Senator P. Waytha Moorthy. - Astro Awani

No comments:

Post a Comment