17 April 2012

Ditahan di Kamunting kerana bantah nadir bumi

FOKUS ISA Professor kejuruteraan kimia Tan Ka Kheng ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menentang loji pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah pada 1987, tetapi hal demikian tidak menghalang beliau untuk terlibat dalam kempen yang sama 25 tahun kemudiannya.

Sebagai ahli akademik di sebuah kolej swasta tempatan dan penyelidik dengan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan dengan lantang menentang loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Beliau kerap muncul di forum awam berkaitan Lynas dan merupakan pakar membuat semakan tentang dokumen berkaitan Lynas - laporan Environmental Impact Assessment (EIA) dan Radiological Impact Assessment (RIA) - apabila dipamerkan untuk tatapan umum.

Tetapi lebih tiga dekad lalu, usaha yang sama menentang loji Asian Rare Earth (ARE), menyaksikan beliau menjadi individu pertama ditahan bawah Operasi Lalang pada 1987.

"Saya bertanya kepada polis cawangan khas ketika saya disoalsiasat, 'mengapa awak tahan saya"," imbau Tan ketika ditemubual Malaysiakini.

Jawapan yang diterima, "Sebab awak jadi dalang. Awak dalang jawatankuasa (bantah) Empangan Bakun, Pengerusi PSG (Papan Support Group), (pengasas grup teater) PENTAS... Tangan awak ada di mana-mana."

Tan pernah menjadi naib pengerusi Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM), berkelulusan sarjana dalam bidang kejuteraan alam sekitar dari Universiti Carlifornia, Amerika Syarikat dan pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia). - Malaysiakini

1 comment: