07 June 2011

Tindakan Pas menjengkelkan

KUALA LUMPUR 6 Jun - Tindakan Pas bermuka-muka dalam isu video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang menjengkel dan memalukan parti itu yang kononnya berteraskan perjuangan Islam.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, pendirian Pas yang mengetepikan video tersebut dalam hal mencari kebenaran perlu dikecam kerana parti itu mempunyai ketetapan lain semasa membicarakan isu video bekas pemimpin MIC, D.P. Vijandran dan video peguam V.K. Lingam.

"Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba memperbodoh, menghina dan merendahkan kekuatan intelek dan pemikiran rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Islam.

"Pendirian ini juga ternyata bercanggah dengan pendirian mereka tatkala menuntut agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja mengenai isu video klip V.K. Lingam dan begitu juga tatkala isu video seks D.P. Vijandran dulu. Ternyata mereka mengamalkan pendakwaan berpilih," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Abdul Hadi menyifatkan kewujudan video seks yang didakwa melibatkan Anwar tidak boleh menjadi saksi kerana tiada mata dan telinga serta menegaskan ia tidak lebih daripada hanya besi.

Menurutnya, Pas memegang konsep empat saksi yang adil untuk membincangkan hal zina dan liwat sedangkan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berpendirian video seumpama itu boleh dijadikan bukti di mahkamah atau disebut sebagai keterangan dokumentari.

Ruslan menambah, kenyataan Abdul Hadi mengenai konsep itu hanyalah satu kenyataan politik dangkal bagi memuaskan nafsu politik parti yang kini beralih daripada kepimpinan ulama kepada kepimpinan profesional dan condong menyokong Anwar atau digelar Anwarinas.

"Jelas kepada rakyat bahawa kenyataan dan pendirian ini terpaksa dibuat oleh Presiden Pas untuk memuaskan hati dan perasaan kumpulan Anwarinas yang telah menguasai kepimpinan tertinggi Pas dalam pemilihan yang berlangsung dua hari lalu.

"Ia juga bertepatan dengan dasar baru Pas yang telah bertukar daripada prinsip didahulukan kepada kemenangan diutamakan dan Putrajaya menjadi impian," katanya sinis.

Bekas Felo Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Saludin pula berkata, pendirian Abdul Hadi itu jelas menunjukkan Pas telah mengetepikan prinsip 'amal maaruf nahi mungkar' yang menjadi panduannya selama ini.

"Ini terbukti apabila agenda menetapkan pendirian berhubung dakwaan salah laku seks yang dilakukan oleh pemimpin parti pembangkang diketepikan begitu sahaja dengan menggangap ia sebagai fitnah.

"Ini adalah sesuatu yang pelik sedangkan ramai umat Islam mengharapkan satu pendirian lebih tegas dapat diambil oleh sebuah parti politik Islam seperti Pas," katanya. - Utusan

* Lagi pelik jika seorang pengkhianat bercakap soal Islam dan perjuangan...

No comments:

Post a Comment