06 June 2011

Tiada layanan istimewa untuk demo BERSIH


Pihak berkuasa tidak akan memberikan pengecualian tindakan undang-undang terhadap perhimpunan yang dirancang oleh gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 2.0.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) berkata pihak yang terlibat tidak patut mengharapkan layanan istimewa.

Undang-undang berhimpun oleh lima orang atau lebih adalah tertakluk.

"Demonstrasi jalanan ini bukan benda baru. Dulu sudah ada (perhimpunan) anti-Isa, anti-PPSMI (program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris).

"Memang menjadi pertimbangan (pembangkang) sebab pilihan raya umum mungkin tahun ini, maka (mereka) mula mencari isu-isu sebegini rupa.

"Kita ikut undang-undang, keutamaan kita (pada) keamaanan dan keselamatan. Jika ini pertimbangan kita, tidak ada sesiapa yang boleh tuduh KDN dan polis salah guna kuasa," katanya.

Semalam, muktamar PAS ke-57 meluluskan usul berhubung penglibatan PAS dalam perhimpunan itu, sekali gus bersetuju menghantar anggotanya turut serta pada 9 Julai akan datang.

Mengulas muktamar itu, Hishammuddin berkata, jarang berlaku dalam perhimpunan agung sebuah parti memfokuskan menghentam kerajaan semata-mata. - Malaysiakini

* Mesir guna dataran Tahrir. BERSIH 2.0 hendak guna dataran apa?

No comments:

Post a Comment