10 April 2008

Jamuan hari raya adili fitri Khir semasa menjadi MB yang dibuat di Kompleks Belia Seksyen 7 Shah Alam menelan belanja ratusan ribu ringgit

Menunggu-nunggu giliran Khir

Saya melihat dengan wajah selamba bekas MB Selangor Dr Khir Toyo terbit di Buletin Utama TV3 tadi. Kebetulan sekarang ini isu babi sedang hangat di Selangor, maka beliau pun turut tumpang menambah keruhkan lagi suasana. MB kini, Tan Sri Khalid telah menyatakan bahawa apa yang sedang dilakukan adalah meneruskan projek kerajaan terdahulu, manakala Khir pula cuba sedaya upaya bersilat kononnya tidak begitu, kerajaan beliau dahulu tidak pun luluskan, sekadar masih diperingkat kajian.

Apa pun Umno Selangor cuba sedaya upaya menggunakan isu ini, manalah tahu nasib-nasib kerajaan Pakatan Rakyat ini dapat tumbang angkara babi itu.

Apakah dengan mensensasikan isu babi ini maka Khir menyangkakan yang rakyat di Selangor akan melupakan segala-gala yang mendorong mereka menolak Umno/BN sebulan dahulu. Lupakan segala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, kronisma, nepotisma yang subur dizaman Khir? Bolehkah begitu?

Babi, babi juga tapi segala penyelewengan dan salah laku dizaman Khir tidak akan terhapus dengan kes ladang babi yang sebenarnya pun berpunca dari zaman pentadbirannya. Kes ladang babi ini sebenarnya kini berpecah kepada dua versi, satu versi rasmi kerajaan negeri bersandarkan kenyataan MB Tan Sri Khalid, dan satu lagi versi seorang bekas MB yang baru sahaja hilang kuasa, dan sedang cuba sedaya upaya untuk naik kembali. Rakyat Selangor boleh menimbang untuk percaya dan yakin pada satu antara dua, Tan Sri Khalid atau Khir.

Siang tadi saya diberitahu oleh seorang pegawai kanan sebuah badan berkanun negeri Selangor bahawa majlis jamuan hari raya adili fitri Khir semasa menjadi MB yang dibuat di Komplek Belia Seksyen 7 Shah Alam menelan belanja ratusan ribu ringgit, dan siapakah yang membiayainya, jika tidak badan berkanun berkenaan (bukannya dari poket Khir)! Saya difahamkan isteri beliau juga boleh menelefon untuk mendapatkan bantuan badan berkenaan bagi membiayai konon-konon projek kebajikannya.

Sesungguhnya rekod yang telah ditinggalkan oleh Khir dan anak-anak buahnya dalam kerajaan negeri Selangor terlalu busuk, terlebih busuk dari bau najis babi dari mana-mana ladang pun di Malaysia! Dari Khir dan kroni-kroninya sibuk mengambil kesempatan dari kes ladang babi, yang tak kemana itu, lebih baik beliau menyediakan dirinya untuk menjawab darihal banyak kekurangan dan penyelewengan dizamannya yang pasti tidak terlepas dari pandangan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Bawa dan telanjangkan mereka ini Tan Sri bukan hanya di DUN Selangor malah jika cukup bukti seret sahaja ke mahkamah, biar lepas ini kita sifar dari pembangkang yang kotor di Selangor ini!

http://n32.blogspot.com

No comments:

Post a Comment