10 April 2008

Cadangan menghapuskan kuota pencalonan 30 peratus antara bakal dibincang Umno bahagian Muar

Umno Muar adakan EGM

Umno bahagian Muar akan mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) perwakilan bagi membincangkan pelbagai isu dalaman parti bagi memenuhi permintaan sebahagian besar ahli jawatankuasa bahagian berkenaan.

Ketuanya Datuk Mohd Ismail Mohd Shah bersetuju memenuhi permintaan itu hasil pertemuannya dengan ahli jawatankuasa bahagian Zakaria Mahadi di Muar hari ini.

Awal bulan ini, 84 daripada 133 cawangan Umno di bahagian itu bersetuju EGM diadakan untuk membincangkan beberapa isu tentang parti selepas prestasi buruk Umno dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Ia kemudiannya disokong oleh 26 daripada 33 ahli jawatankuasa bahagian yang menandatangani persetujuan meminta bahagian mengadakan EGM dalam tempoh 14 hari mulai 1 April lepas.

Isu yang akan dibincangkan termasuklah cadangan menghapuskan kuota pencalonan 30 peratus bagi jawatan presiden Umno pada pemilihan agung Disember ini.

Kadar gembira

Agensi berita Bernama memetik Zakaria yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Balang, sebagai berkata, Mohd Ismail meminta agar EGM tersebut ditangguhkan sehingga beliau kembali dari Hong Kong pada 16 April ini.

"Datuk Mohd Ismail juga akan bertemu dengan anak bekas pengerusi tetap Umno Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman secepat mungkin untuk memanggil mesyuarat jawatankuasa khas bahagian bagi membincangkan perkara tentang EGM," katanya kepada pemberita di Muar hari ini.

Kadar Shah merupakan penggerak utama usaha meminta Umno bahagian mengadakan EGM.

Sementara itu, Kadar gembira kerana cadangannya itu dipersetujui.

Dalam mesyuaratnya 5 April lalu, badan perhubungan Umno Johor memutuskan tidak akan menghalang mana-mana bahagian mengadakan EGM kerana ia dibenarkan oleh perlembagaan Umno.

Gua Musang menjadi bahagian pertama Umno memanggil EGM untuk membincangkan isu yang sama, serta mencadangkan beberapa pindaan perlembaaan parti itu.

Manakala Cheras pula telah memutuskan untuk berbuat demikian 27 April.

http://www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment