24 June 2021

TRAGEDI | Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 10 Pangsapuri

Seorang lelaki yang dipercayai menghadapi kemurungan maut selepas terjun dari tingkat 10 Pangsapuri Seri Melur, Jalan Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata siasatan awal mendapati mangsa menghadapi kemurungan selepas dikatakan gagal dalam perniagaan dan mengalami kerugian. 

 “Mangsa berusia 26 tahun memasuki kawasan pangsapuri berkenaan dengan menaiki motosikal melalui laluan utama, kemudian terus menaiki lif ke tingkat 10, duduk berlunjur di balkoni sebelum terjun. “Mangsa maut ekoran kecederaan parah dialaminya," katanya. 

Tambahnya, isteri mangsa memaklumkan suaminya mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lalu dan pernah menerima rawatan di sebuah klinik swasta, empat hari lalu. “Siasatan ke atas mayat mangsa tidak menemui sebarang elemen jenayah dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat”, katanya. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

No comments:

Post a Comment