16 May 2021

COVID-19 : 520 ICU, 272 PERNAFASAN, 36 KEMATIAN

3,780 kes baru, satu pertiga jangkitan di Selangor

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 3,780 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan di seluruh negara setakat tengah hari tadi.

Daripada jumlah itu, Selangor terus mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 1,275 kes atau bersamaan satu pertiga daripada jumlah keseluruhan.

Ini diikuti Sarawak (405), Kedah (363), Kelantan (357), Kuala Lumpur (342), Johor (224), Pulau Pinang (187), Pahang (159), Melaka (122), Perak (115), Sabah (87), Negri Sembilan (70), Terengganu (58), Labuan (7), Putrajaya (7) dan Perlis (2).

Sebanyak 3,900 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini. Jumlah itu sedikit sebanyak mengurangkan jumlah kes aktif yang ditampung di hospital pada masa ini.

Status ringkas:

    Kes baru: 3,780 (91.8 peratus melibatkan warga tempatan)
    Kes aktif: 41,889 kes
    Pesakit dalam ICU: 520 orang
    Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 272 orang
    Kematian: 36 kes

Kematian

Bilangan kematian yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah korban Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,902 orang.

Kes kematian hari ini dilaporkan di Selangor (8), Pulau Pinang (6), Sarawak (5), Kedah (5), Kuala Lumpur (4), Perak (3), Negeri Sembilan (2), Terengganu (2), dan Pahang (1).

Korban termuda yang dicatatkan hari ini adalah seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun yang mengalami obesiti. Dia meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, Negeri Sembilan.

Untuk maklumat terperinci berkenaan kes kematian, boleh rujuk laman penjejak Covid-19 Malaysiakini.

11 kluster baru

KKM turut memaklumkan terdapat 11 lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan kluster aktif pada masa ini sebanyak 470 kluster.

Daripada kluster terbaru ini, empat daripadanya melibatkan institusi pendidikan, tiga kluster komuniti dan masing-masing dua kluster tempat kerja dan keagamaan.

Sumber : Malaysiakini


No comments:

Post a Comment