SHAH ALAM - Jumlah kematian akibat Covid-19 pada Sabtu mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 44 orang manakala jumlah kes harian baharu sebanyak 4,140 direkodkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 sebanyak 1,866 manakala bilangan keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara pula adalah 466,330.
Menurutnya, daripada keseluruhan kes jangkitan Covid-19 yang berlaku pada hari ini, 4,131 adalah kes tempatan yang melibatkan 3,728 warganegara dan 403 bukan warganegara manakala sembilan kes import.
“Selangor terus menjadi negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 1,507 kes diikuti Johor (433), Kuala Lumpur (398) dan Pulau Pinang (338).
“Kes baharu di Sarawak pula sebanyak 324 manakala Kedah (239), Negeri Sembilan (190), Perak (182), Terengganu (119), Pahang (116), Kelantan (109) Melaka (97) dan Sabah (60).
“Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan sebanyak 23 kes baharu Covid-19, Wilayah Persekutuan Labuan tiga dan dua kes di Perlis,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Sabtu.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes sembuh baharu adalah sebanyak 3,432 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 422,329 dicatatkan.
Tambahnya, jumlah kes aktif setakat ini ialah 42,135 manakala sebanyak 503 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 272 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Sumber : Sinar Harian
Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
15 May 2021
COVID-19 : 503 ICU, 272 PERNAFASAN, 44 KEMATIAN
Covid-19: Kes kematian tertinggi 44 maut, 4,140 kes baharu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment