09 May 2021

3,733 jangkitan baru, rekod 26 kematian, 416 di ICU


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 3,733 kes Covid-19 baru hari ini, sedikit penurunan selepas dua hari melebihi 4,000 kes.

Sebanyak 26 kematian turut dilaporkan. Angka itu merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan. Rekod tertinggi terakhir adalah pada 18 Feb lalu dengan 25 kematian.

Begitu juga unit rawatan rapi (ICU) menyaksikan jumlah pesakit tertinggi pernah direkodkan iaitu sebanyak 416.

Kes aktif: 37,060
Pesakit di ICU: 416
Memerlukan bantuan pernafasan: 216

Selangor terus mencatatkan kes empat digit. Lapan negeri lain mencatatkan kes tiga digit.

Negeri Sembilan mencatatkan 205 kes baru. Ini adalah kali pertama negeri ini mencatat lebih daripada 200 kes sejak 24 Februari.

Juga perlu diperhatikan ialah Pahang yang mencatatkan 100 jangkitan baru, pertama kali mencatat kenaikan tiga angka sejak 14 Januari.

Kuantan, Pahang akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 mulai esok.

Sumber : Malaysiakini

No comments:

Post a Comment