21 April 2021

2,340 jangkitan baru, 11 kematian

 


Sebanyak 2,340 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 381,813 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Seramai 248 pesakit dirawat di ICU dengan 101 kes memerlukan bantuan pernafasan, katanya.

Sebanyak 11 lagi kematian direkodkan dengan jumlah terkumpul 1,400 korban.

Dr Noor Hisham berkata kematian baru itu melibatkan sembilan warganegara dan dua warga asing berumur antara 61 hingga 82 tahun dengan majoritinya menghidap penyakit kronik,

Sementara itu, jelasnya jumlah kluster aktif kini 343 kluster selain lapan kluster diisytiharkan tamat.

Menurutnya sebanyak 11 lagi kluster baru dikesan melibatkan empat kluster pendidikan termasuk tiga kluster sekolah atau institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM), tiga kluster komuniti, dua kluster tempat kerja, serta masing-masing satu kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan.

Kluster pendidikan katanya, melibatkan institusi pendidikan KPM ialah Kluster Jalan Anggerik 21 di Johor, Kluster Pengkalan Batik (Melaka) dan Kluster Anggerik Cempaka (Kedah), manakala kluster bukan institusi di bawah KPM ialah Jalan Langat Ceria (Selangor).

Tiga kluster komuniti di Sarawak pula melibatkan Kluster Sungai Lemayong, Kluster Duranda Emas dan Kluster Taman Mesra Bako, sementara kluster di tempat kerja adalah Kluster Pintasan Kampung Jawa (Pulau Pinang) dan Kluster Putra Tiga (Putrajaya).

“Kluster Pagar Siput Dua di Johor adalah kluster pusat tahanan, manakala Kluster Jalan Perai Jaya (Pulau Pinang) adalah kluster keagamaan,” katanya.

Selangor (526 kes), Sarawak (429 kes) dan Kelantan (370 kes) masih mencatatkan kes harian tertinggi.

Sumber : Malaysiakini

No comments:

Post a Comment