01 June 2020

Gempar! Kerajaan PN bakal tumbang! |Mohd Redzuan & Shahruddin telah jumpa Tun Mahathir di HQ Bersatu



'Saya jumpa negarawan, pengasas parti' - Shahruddin

"SEMUA ahli Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) adalah penting. Saya hadir ke ibu pejabat kerana sayangkan parti," kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Beliau mengulas gambar tular dan spekulasi beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Yusoff beralih sokongan dengan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, ia adalah pertemuan biasa membabitkan ahli dan pengasas parti berkenaan.

"Baguslah tu, jumpa pengasas, pejuang, bapa dan negarawan.

"Kami sama-sama susah, berkempen ketika lawan Barisan Nasional (BN) dulu," katanya kepada Harian Metro di Kuala Lumpur hari ini.

Jumaat lalu, beliau dan Mohd Redzuan didakwa akan mengadakan sidang media mengenai kedudukan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu termasuk melepaskan jawatan dalam Kabinet.

Kehadiran mereka ke ibu pejabat parti itu mengundang pelbagai reaksi khususnya pemerhati politik dan netizen yang mendakwa kedua-dua ahli parlimen itu kembali menyokong bekas Perdana Menteri terbabit.

Turut tular di media sosial gambar mereka memasuki bilik Pengerusi yang terletak di tingkat lapan bangunan Yayasan Selangor dengan Dr Mahathir sedang menunggu di situ.

Semalam, Harian Metro melaporkan Mohd Redzuan menafikan dia akan meninggalkan PN sebaliknya terus kekal bersama gabungan berkenaan.

Menurutnya, isu berkenaan hanya sekadar khabar angin disebarkan dalam keadaan dirinya masih menjalani perintah kuarantin.

-- HMetro

No comments:

Post a Comment