21 April 2019

Abdul Latif Bandi bebas 37 tuduhan suapan

JOHOR BAHRU - Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan bekas Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abdul Latif Bandi,52, daripada 37 pertuduhan melibatkan wang suapan RM35.7 juta.

Hakim, Kamarudin Kamsun melepas dan membebaskan bekas ADUN Endau itu bersama dua lagi tertuduh, Ahmad Fauzan Hatim Abdul Latif,26, dan Amir Sharifuddin Abdul Raub,45.

Abd Latif menghadapi 13 pertuduhan bernilai RM17.59 juta, manakala anaknya Ahmad Fauzan Hatim didakwa atas empat pertuduhan bernilai RM735,000. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment