11 May 2018

Anwar akan dibebaskan segera

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Yang di-Pertuan Agong bersedia memberikan pengampunan diraja pada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan padanya dalam pertemuan dengan Agong semasa istiadat mengangkat sumpah malam tadi.

"Pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Kami akan buat permohonan segera. Anwar bukan sahaja mendapat pengampunan tetapi pengampunan penuh dan akan dibebaskan segera," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Pengampunan itu dijangka akan membolehkan Anwar kembali menyertai politik.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh, sepatutnya bebas 8 Jun ini.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bakal dilantik sebagai sebagai Menteri Besar Selangor hari ini antara individu melawat  Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment