20 October 2017

Siasatan kes KP SPRM dipantau

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara telah menubuhkan pasukan petugas untuk memantau siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, pihaknya te­lah menerima banyak pertanyaan daripada orang awam dan pihak media berkaitan dengan laporan polis yang telah dibuat terhadap Dzulkifli.

“Memandangkan keseriusan tuduhan yang boleh menjejaskan integriti KP SPRM, Jabatan Peguam Negara telah menubuhkan pasukan petugas pada Isnin lalu untuk memantau siasatan kesalahan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan dan kesalahan lain yang berkaitan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Baru-baru ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan terdapat individu membuat laporan polis selepas menonton satu rakaman klip video di laman YouTube yang mendakwa terdapat hubungan sulit pegawai kanan SPRM itu bersama seorang wanita. - Kosmo

No comments:

Post a Comment