13 July 2017

Budak reka cerita nyaris diculik

Inilah kedai yang dikunjungi oleh seorang kanak-kanak yang mendakwa nyaris diculik dua lelaki menaiki sebuah van putih di Kampung Jawa, Klang kelmarin.
KLANG – Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun sanggup menipu ibunya kononnya dia nyaris diculik oleh dua lelaki yang menaiki sebuah van putih hanya kerana takut rahsianya ponteng sekolah agama terbongkar kelmarin.

Kejadian pada pukul 2 petang di Batu 1, Kampung Jawa di sini itu berlaku apabila pelajar Sekolah Agama Kelas Fardu Ain itu takut hendak masuk kelas kerana sudah terlewat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, berdasarkan laporan budak itu, kejadian berlaku ketika dia singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli makanan ketika dalam perjalanan ke sekolahnya dengan menaiki basikal.

Jarak kedai dengan sekolah itu kira-kira 50 meter.

“Ketika hendak keluar, budak itu mendakwa telah didatangi seorang lelaki bertopeng yang keluar daripada sebuah van putih menggunakan nombor pendaftaran Thailand dan seorang lagi berada di dalam kenderaan tersebut.

“Dia kemudian mereka cerita kononnya telah dikejar dengan van itu sebelum berjaya menyelamatkan diri sebaik tiba di satu kawasan berpalang sebelum menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik tiba di rumah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. - Kosmo

1 comment:

  1. Silahkan di kunjungi ya kawan-kawan 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    Agen Togel
    Agen Bola
    Agen Kasino
    Togel SGP
    Togel Hongkong
    Togel Sydney
    hubungi kami di :
    Line : togel118
    Bbm : D8AF7278
    Wa : +85592985834

    ReplyDelete