29 August 2015

Ini kuasa rakyat, kata Tun Hasmah

Kenyataan isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke perhimpunan BERSIH 4 menyuntik semangat baru kepada peserta.

Diminta mengulas kehadirannya ke Dataran Merdeka sebentar tadi Siti Hasmah berkata, itu adalah kuasa rakyat.
"Ini kuasa rakyat," katanya. - Mkini

Mahathir turun demo BERSIH

Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengejutkan banyak pihak dengan hadir dalam perhimpunan BERSIH 4 hari ini. - Mkini

Polis Singapura beri amaran terhadap perhimpunan haram sokong Bersih

Polis Singapura hari ini memberi amaran agar orang ramai tidak menganjurkan atau menyertai mana-mana perhimpunan haram di republik ini bagi menyokong perhimpunan Bersih 4 di Malaysia.

Pesanan Azmin untuk Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR - "Kami berhimpun kerana sayangkan anak-anak Malaysia termasuk anak polis". Demikian pesanan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, hari ini.

Senator Australia sertai Bersih, kutuk Najib?

ADELAIDE - AUSTRALIA. Senator Australia, Nick Xenophon didakwa menghadiri sebuah perhimpunan Bersih 4.0 di Adelaide, hari ini.

BN, jangan takut baju Bersih kata Pas

KUALA LUMPUR - Pas menasihatkan BN supaya tidak takut pada baju Bersih sebaliknya kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kegawatan ekonomi lebih menakutkan.

28 August 2015

Azmin optimis peralihan kerajaan berlaku sebelum hujung tahun

Mohamed Azmin Ali percaya pertukaran kerajaan melalui jalan demokrasi dapat direalisasikan sebelum hujung tahun ini dengan mendapat sokongan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Menteri besar Selangor itu berkata, sehubungan itu, ahli Parlimen BN perlu mempunyai keberanian melakukan perubahan selepas ekonomi negara berada di dalam keadaan yang tidak memuaskan.

Abang tentera, adik militan, mati hari sama

MOSUL - IRAQ. Nasser al-Harthi, juruterbang helikopter Apache maut terhempas manakala adiknya Zaher al-Harthi, mati dalam sebuah serangan berani mati pada hari yang sama, minggu lalu.
 

26 August 2015

Projek Jambatan Bengkok: Mahkamah putuskan Eskay tidak berhak terima RM20 juta

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, semalam memutuskan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah tidak berhak menerima bayaran komisyen RM20 juta daripada Merong Mahawangsa Sdn Bhd untuk khidmatnya mendapatkan projek “Jambatan Bengkok” di Johor Baru.

Selepas 7 tahun kajian, pensyarah UM hasilkan buku politik Turki

Selepas 7 tahun membuat kajian dan penulisan, 2 pakar sejarah Universiti Malaya (UM) baru-baru ini berjaya menghasilkan buku tentang Turki yang bakal menjadi panduan penting kepada politik Islam di Malaysia dan dunia.

21 August 2015

Pegawai AG dipecat, akan fail afidavit 'meletup'?


Jessica Kaur dan keluarganya dijangka memfailkan semakan kehakiman dengan afidavit 'meletup' mengapa pihak berkuasa cenderung menamatkan perkhidmatannya di Pejabat Peguam Negara dan membatalkan statusnya sebagai penduduk (PR).

Malaysia cadang kawal selia Internet, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bercadang melaksanakan standard antarabangsa bagi mengawal selia Internet.

"Saya secara khusus mengatakan mengawal selia, bukan menyekat - agar tiada siapa perlu menderita akibat difitnah jenayah.

Bekas PM Korea Selatan dipenjara terima dana haram

SEOUL - KOREA SELATAN. Bekas Perdana Menteri wanita pertama Korea Selatan dipenjara selepas Mahkamah Agung mengekalkan sabitan dua tahun hukuman penjara kerana menerima dana politik haram.

17 August 2015

Parti Islam baharu diberi nama Amanah

Parti Amanah Rakyat atau “Amanah” dijangka menjadi nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu, ditubuhkan daripada kumpulan serpihan pemimpin PAS dan ahli badan bukan kerajaan Islam.

Bersekongkol pembangkang tidak boleh dimaafkan

TAPAH - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mana-mana pemimpin Umno yang didapati bersekongkol dengan ahli Parlimen pembangkang dalam cubaan mengguling kerajaan tidak boleh dimaafkan. 
   

13 August 2015

Najib gugat demokrasi terima dana asing RM2.6 bilion, kata DAP

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menerima dana politik RM2.6 bilion dari negara luar, kata Tony Pua.

11 August 2015

Amalan biasa simpan wang dalam akaun parti

KUALA LUMPUR - Menjadi amalan biasa bagi pemimpin politik untuk menyimpan wang dalam akaun amanah bagi partinya, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

07 August 2015

Tidak perlu tahu dana parti, yang penting cukup, kata ahli MT Umno

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bukanlah satu keperluan bagi Umno mendedahkan dari mana datangnya sumber kewangan parti, kerana yang paling penting dana berkenaan cukup untuk perbelanjaan pilihan raya.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata, dasar berkenaan sudah terpakai sejak kepimpinan Umno sebelum ini dan persoalan dana parti juga tidak pernah dibangkitkan di peringkat negeri.

"Saya dah hadapi beberapa pilihan raya dan pengerusi perhubungan negeri tidak pernah pun memaklumkan berapa jumlah negeri dapat sumbang – 7 Ogos, 2015.

1MDB: Najib sudah jawab 48 kali


SEREMBAN - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kesal dengan sikap orang ramai yang masih menganggap, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak belum menjawab persoalan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

06 August 2015

Tangkapan pegawai jejas siasat SRC, kata SPRM

Tangkapan terhadap penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh pihak polis telah menjejaskan siasatannya terhadap SRC International Sdn Bhd, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Wang RM2.6b: SPRM akan soal PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyoal siasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung derma yang diterimanya.

04 August 2015

Shafie batal jemput Najib rasmi mesyuarat Umno bahagian Semporna

Susulan dipecat daripada Kabinet, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal membatalkan jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada merasmikan mesyuarat Umno bahagian Semporna di Sabah yang dijadualkan pada 15 Ogos ini.

Kenapa pecat Muhyiddin, Gani, jika RM2.6 bilion cuma derma, soal PAS

PAS hari ini mengajukan 10 soalan yang perlu dijelaskan susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah SPRM bayangkan mungkin ada 'tangan tersembunyi'

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin membayangkan kemungkinan wujud 'tangan tersembunyi' di sebalik tindakan polis sekarang.

Dana RM2.6 bilion akaun Najib sumbangan penderma

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma.

03 August 2015

Pas: Tukar pemimpin tidak selesai masalah

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan masalah sama tetap akan berulang dalam pemerintahan negara meskipun pemimpinnya ditukar jika corak pemerintahannya tidak berlandaskan Islam.

Turunkan Najib tak selesai skandal, kata Pas

KUALA LUMPUR - Kemelut yang melanda negara ini susulan penyelewengan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad tidak akan selesai dengan menurunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Sebaliknya, menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan sekarang perlu bertanggungjawab.
 

02 August 2015

Kembalikan jawatan Muhyiddin, kata Pemuda Umno Kluang

Pemuda Umno Kluang mendesak presiden parti Melayu itu, Datuk Seri Najib Razak mengembalikan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri kerana secara konvensyen, pemegang jawatan berkenaan adalah timbalan presiden Umno.

Usul Altantuya, 1MDB dalam mesyuarat Umno Kluang

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sambutan hangat ketika hadir ke mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Kluang, berbeza dengan mood di Seremban dan Kota Melaka semalam.

Pas Terengganu putus hubungan dengan Raja Bahrin

SHAH ALAM - Susulan tindakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang mengiisytiharkan dirinya secara rasmi sebagai Pengerusi Harapan Baru Terengganu, Pas Terengganu mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan beliau lagi.