29 January 2015

'Tiada untungnya Mustafa debat Guan Eng'

Khalid Samad
Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad cuba meredakan pertikaian di antara setiausaha agungnya, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dengan menganggapnya sebagai “masalah peribadi” semata-mata.

Beliau juga melibat cabaran Mustafa untuk berdebat dengan Lim sebagai usaha yang “tidak menguntungkan”, namun meminta agar kedua-duanya bertemu untuk mencari penyelesaian.

"Saya nampak ia seolah-olah perkara peribadi. Tak nampak untungnya. (Kalau boleh) biarlah jumpa untuk berbincang dan cari penyelesaian," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam. - Malaysiakini

Pasma tidak akan keluar, kekal dalam Pas

Che Ibrahim Mohamed
KOTA BHARU - "Kami (Pasma) tidak akan keluar dan kekal dalam parti, kecuali parti (Pas) yang mengambil tindakan terhadap kami," kata Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed.

Menurutnya, Pasma berdaftar sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang layak untuk menyertai mana-mana parti, maka tiada paksaan berlaku sehingga menimbulkan isu keluar parti dan sebagainya.

“Kami NGO, bebas untuk memilih mana-mana parti, tetapi jika parti itu sendiri yang tidak minat dengan keahlian, atau mahu memecat kita, maka tindakan itu harus dilakukan parti itu sendiri.

“Ingin saya tegaskan di sini, sehingga kini, tiada lagi pihak (ahli Pasma) yang bercadang untuk keluar parti, ini kerana kita memperjuangkan parti (Pas), maka isu keluar Pas ini tidak timbul,”katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

25 January 2015

MP PAS: Teliti dulu kebimbangan Hadi

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad berkata kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan sepatutnya diteliti terlebih dahulu.

Katanya, kebimbangan Hadi bahawa pilihan raya tersebut berpotensi menyebabkan ketegangan kaum tidak harus mencetus perbalahan terbuka.

Khalid turut menjawab mengenai kecurigaan NGO Gabungan Urus Tadbir Baik (CGG) bahawa PAS menjadi punca di sebalik kegagalan melaksana pilihan raya itu di Selangor.

MP Shah Alam itu menjelaskan, masalah pelaksanaan itu berpunca daripada kebimbangan berhubung keseimbangan komposisi kaum di kalangan ahli majlis.

14 January 2015

Esscom lancar Operasi Bersepadu Khas buru Pati

TAWAU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan melancarkan Operasi Bersepadu Khas bagi mengesan dan menangkap pendatang tanpa izin (Pati) di daerah Tawau dan Semporna dalam masa terdekat.

11 January 2015

PERKASA: Inilah akibat hina Nabi

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata serangan ke atas pejabat mingguan Charlie Hebdo di Perancis merupakan kesan kepada tindakan menghina Nabi Muhammad dan menyakiti perasaan orang Islam.

Akhbar Denmark ketatkan keselamatan

COPENHAGEN - DENMARK. Akhbar kontroversi Denmark yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia 10 tahun lalu telah meningkatkan langkah keselamatan berikutan serangan maut di ibu pejabat Charlie Hebdo.

Jyllands-Posten memaklumkan kakitangannya melalui emel berhubung langkah keselamatan di bangunan syarikat itu di Copenhagen dan bandar Viby.

08 January 2015

Bekas CEO Felda Global Ventures Sabri Ahmad meninggal dunia

Bekas presiden kumpulan dan CEO Felda Global Ventures Holdings Bhd Tan Sri Sabri Ahmad (gambar) meninggal dunia akibat kanser paru-paru di pusat perubatan swasta, Petaling Jaya, 5.30 pagi hari ini. – Bernama

Mangsa samun diugut dengan pisau lipat, diikat

SUBANG JAYA – Dua lelaki menyamar sebagai pekerja syarikat telekomunikasi sebelum memecah masuk sebuah rumah yang dihuni seorang ibu bersama bayi berusia 20 bulan, di USJ 6, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi, suspek pada mulanya menyangka rumah terbabit ditinggalkan kosong tanpa penghuni.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa yang sedang tidur bersama anak lelakinya terbangun apabila terdengar bunyi pintu bilik terbuka dari arah luar.

Suri rumah berusia 30 tahun itu menyangka suaminya yang pulang namun terkejut mendapati dua lelaki tidak dikenali berada dalam bilik tidurnya.

Suspek yang juga dikatakan terkejut melihat kelibat wanita dan anaknya, terus mengacukan sebilah pisau lipat dan memintanya mendiamkan diri jika tidak mahu dicederakan.

12 maut diserang lelaki bersenjata di Paris

Lelaki bersenjata dan bertutup kepala menyerbu pejabat sebuah majalah satira mingguan yang terkenal dengan persendakan radikal Islam, membunuh sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk dua anggota polis dalam serangan militan yang paling teruk di Perancis dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

05 January 2015

Bonus kakitangan awam diawalkan

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju pembayaran bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan iaitu pada 15 Januari ini. 
    

01 January 2015

Harga RON95, RON97 turun 35 sen mulai 1 Januari

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON 95 dan RON 97 diturunkan sebanyak 35 sen, masing-masing kepada RM1.91 seliter dan RM2.11 seliter, mulai 1 Januari 2015.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter.