LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

30 April 2014

Catuan air di Selangor berakhir esok

Admin | 7:32 PM | Be the first to comment!
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa catuan air di negeri ini yang berlarutan sejak dua bulan lalu, berakhir esok.

Abdul Khalid berkata, oleh itu rakyat Selangor dapat menikmati penggunaan air seperti biasa bermula esok atau selewat-lewatnya Jumaat ini.

"Pengagihan air berjadual yang dilakukan secara berperingkat di Selangor yang bermula Februari lalu akan diberhentikan secara serentak bermula 1 Mei 2014 (Khamis) ini.

"Sehubungan itu kawasan-kawasan yang terlibat dengan catuan air itu akan mendapat air seperti biasa selewat-lewatnya Jumaat ini untuk kawasan air rendah.

"Keputusan ini telah dimaklumkan kepada semua pihak iaitu,Jabatan Air dan Saliran Selangor, SPAN dan syarikat-syarikat lain, kita juga telah maklumkan kepada Syabas untuk pastikan pengguna mendapat air seperti biasa," katanya ketika sidang media di  Pejabat Menteri Besar Selangor, hari ini.

Menurut Abdul Khalid, kerajaan negeri berpendapat tidak perlu menunggu empangan mencapai takungan 50 peratus kerana yakin usaha keras yang dilakukan dengan mengepam air kolam selain hujan berterusan di kawasan tadahan air akan meningkatkan lagi paras empangan.

"Setakat ini paras air di empangan Sungai Selangor mencecah 40 peratus dan perkembangan tentang turun naik paras empangan akan dimaklumkan oleh Dr Ahmad Yunus Hairi (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) dari semasa ke semasa," katanya.

Ketika ditanya sama ada keputusan tersebut dibuat dengan bermotifkan politik, beliau berkata, perkara itu tiada kaitan dengan pemilihan PKR.

"Ini tiada kena mengena dengan pemilihan parti yang sedang berlangsung pada ketika ini. Keputusan ini dibuat demi kepentingan rakyat hasil perbincangan semua pihak terlibat," katanya.

Abdul Khalid bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam saingan tiga penjuru menentang penyandangnya, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Pada masa sama, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan terus memantau perkembangan ini untuk memastikan paras air di empangan terus meningkat.

"Keputusan membatalkan perintah catuan ini turut akan dikaji dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus memperhebatkan usaha untuk menambah bekalan air sebagai persediaan menghadapi musim kering panjang yang dijangka bermula pada akhir Mei hingga September ini.

"JPS telah membekalkan 10 buah pam air yang digunakan untuk mengepam air dari kolam dan hilir sungai ke Sungai Selangor," katanya.

Jelas beliau, kerajaan negeri memberi jaminan akan sentiasa menjaga keselamatan pengguna dan akan memberi maklumat penuh sekiranya terdapat keraguan terhadap penggunaan air kolam tersebut.

"Kerajaan juga merayu agar semua rakyat mengamalkan penggunaan air terawat secara berhemah dengan menggunakan air hujan bagi aktiviti luar seperti membasuh kereta atau menyiram pokok," kata Abdul Khalid. - SH

29 April 2014

MTES putuskan tarik balik catuan air S'gor

Admin | 7:30 PM | Be the first to comment!
Selepas tekanan demi tekanan, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) memutuskan menarik balik catuan air yang dilaksanakan negeri itu ekoran masalah kekurangan bekalan.

Perkara itu itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lewat petang semalam.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, cadangan penarikan balik catuan itu terbit daripada mulut Khalid (bawah) sendiri.

"Khalid berkata keputusan itu adalah untuk rakyat Selangor," menurut sumber yang mengetahui tentang mesyuarat di pejabat MTES di Shah Alam lewat petang semalam.

Walaupun mendapat bantahan dari beberapa pihak yang menghadiri mesyuarat tersebut, Khalid dikatakan bertegas untuk mengakhiri catuan itu.

Keputusan itu sepatutnya diumumkan hari ini oleh exco Selangor Dr Abdul Yunus Hairi bagaimanapun ditunda kepada esok, selepas mesyuarat exco Selangor.

Tweet Khalid hari ini turut membayangkan perkembangan “positif” selepas hampir 2.9 juta pengguna bertahan hampir dua bulan sejak catuan diumumkan Mac lalu.

"Untuk makluman, pengumuman penting isu catuan air pada jam 2.30 petang ini akan ditangguhkan ke hari esok. Insya-Allah positif #DemiRakyat," tulisnya hari ini.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebelum ini berkata, catuan tidak akan ditarik balik sehingga paras air di Empangan Sungai Selangor melebihi 55 peratus.

Bagaimanapun Khalid dikatakan membuat keputusan drastik dengan berharap paras empangan – kini 40.2 peratus – akan terus naik dengan bantuan pam bertekanan tinggi dan hujan sejak minggu lalu berterusan.

Mesyuarat exco minggu lalu meluluskan peruntukan RM10 juta bagi melicinkan operasi itu.

Jika gagal, bekalan yang ada sekarang hanya mampu bertahan 29 hari dan bakal menjurus kepada krisis yang lebih serius.

Empangan Sungai Selangor membekalkan 60 peratus keperluan air ke Lembah Klang. - Mkini

Projek Langat 2 bermula Rabu ini

Admin | 6:47 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR - Selepas tertangguh sejak sekian lama, pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) akan bermula Rabu ini, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata pembinaan projek yang dimulakan sejurus mendapat Surat Kebenaran Merancang daripada kerajaan Selangor pada 26 Februari lepas itu mampu membekalkan air terawat sehingga 1,130 juta liter sehari (JLH) sehingga 2025.

Projek tersebut dijangka siap pada 30 April 2017, dan kontraktor yang dilantik telah memasuki tapak pembinaan dan memberi jaminan projek itu mampu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong peringkat kementerian pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Pada 26 Februari lepas, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan menandatangani perjanjian persefahaman untuk kerajaan Selangor mengeluarkan kebenaran kepada pihak kerajaan persekutuan merancang Loji Rawatan Air Langat 2 di negeri itu.

Sebagai tambahan, kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Mengenai Pelan Catuan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat yang sedang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika ini, Mahdzir berkata pihaknya telah menerima permohonan daripada kerajaan Selangor untuk menamatkan pelan tersebut bulan depan.

Beliau berkata permohonan itu dikemukakan kerajaan negeri setelah meneliti kadar penurunan hujan yang konsisten kebelakangan ini serta tindakan meningkatkan jumlah air mentah, antaranya dengan mengepam air dari lombong ke dalam Sungai Selangor.

"Kerajaan negeri telah memohon kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan kementerian sedia mempertimbangkan untuk melepaskan catuan," katanya. Persidangan Dewan Negara bersambung. - Bernama

26 April 2014

Catuan air ditamatkan pada Selasa atau Rabu ini - MB Selangor

Admin | 8:05 PM | 1 Comment
KANGAR: Catuan air di Selangor dijangka akan ditamatkan pada Selasa atau Rabu ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pemantauan terkini terhadap empangan di Selangor mendapati paras tadahan air secara puratanya sudah mencecah 39 hingga 40 peratus.

"Kita lihat takungan dari sehari ke sehari kian meningkat... kita juga laksanakan usaha menambah air ke loji rawatan air dengan mengepam air dari sungai dan lombong.

"Jadi, jika takungan air terus meningkat, kita akan umumkan penamatan catuan pada Selasa atau Rabu nanti," katanya kepada media selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama ahli PKR di negeri ini, sebentar tadi.- BHarian

24 April 2014

Anwar: Ya, saya akan ke penjara lagi

Admin | 7:09 PM | Be the first to comment!
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin terpaksa kini hampir tiada jalan lain dari segi undang-undang untuk menghadapi tuduhan Liwat II.

Dalam satu wawancara dengan majalah antarabangsa The Diplomat, ketua pembangkang itu berkata beliau yakin akan kembali ke penjara kerana tidak mendapat pendengaran yang adil di mahkamah.

"Melihat kepada nama hakim (Mahkamah Rayuan) dan cara mereka mempercepatkan proses tersebut, mereka malah tidak membenarkan saya meminta beberapa hari untuk mendapatkan dokumen perubatan.

"Maka, melihat kepada penghakiman (Mahkamah Rayuan) saya fikir ia secara asasnya cacat, kerana mereka tidak menangani fakta yang disalahgunakan.

“Maka saya berpendapat, ianya jelas bahawa badan kehakiman bertindak mengikut arahan pemimpin politik mereka.

“Oleh itu, saya tidak begitu optimis bahawa saya akan mendapat pendengaran yang adil dan saya rasa ia adalah perkara yang sudah pasti.

“Namun begitu, kami berusaha sebaik mungkin untuk endapatkan peguam terbaik untuk mendedahkan porak peranda ini di mahkamah.

“Sejak Karpal Singh meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, saya sekarang terpaksa menghadapi masalah mendapatkan peguam untuk mengetuai pembelaan,” katanya.

Anwar juga mendedahkan bahawa beberapa orang rakannya dari kumpulan Islam di UK berusaha untuk menyakinkan beliau untuk terus berada di London. - Malaysiakini

23 April 2014

Belanja RM10 juta, usaha terbaru selesai isu air

Admin | 9:07 PM | Be the first to comment!
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor sedia menghentikan catuan air yang dilaksana sejak Mac apabila paras air di Empangan Sungai Selangor meningkat ke 42 peratus, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.
  
Beliau berkata setakat pukul 8 pagi ini, paras air di empangan itu masih berada di bawah paras kritikal iaitu 38.97 peratus dengan jumlah takungan 89.63 juta liter padu.
  
Katanya, walaupun empangan lain terus menunjukkan peningkatan melebihi paras 50 peratus namun empangan ini hanya membekalkan sebahagian kecil air kepada pengguna.
  
Empangan Sungai Selangor membekalkan kira-kira 60 peratus keperluan pengguna di Lembah Klang.   

"Seperti yang diumumkan semalam kerajaan negeri telah mengenal pasti usaha untuk menambah bekalan air mentah dan jika hasilnya positif, kita bersedia untuk mengkaji semula pelan catuan air," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini.
  
Sehubungan itu, beliau berkata exco negeri hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk membina infrastruktur bagi kerja-kerja mengepam air dari kolam bekas lombong sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor.
  
Katanya, sembilan buah pam berkeupayaan tinggi akan disediakan bagi mempastikan kerja-kerja pengepaman memberi kesan maksimum dan mampu meningkatkan paras air di Sungai Selangor.
  
Beliau berkata infrastruktur ini juga akan digunakan bagi mengepam air Sungai Selangor ke kolam takungan apabila paras air sungai mencapai paras normal.
  
Ini sebagai persediaan menghadapi musim kering berlanjutan yang diramal akan berlaku antara Mei sehingga September ini, kata beliau.
  
"Kerja mengepam itu telah dimulakan sejak tiga hari lalu, melibatkan sembilan daripada lebih 26 bekas lombong bijih timah yang ada di negeri ini," kata Abdul Khalid.
  
Menurutnya, pam berkapasiti tinggi itu mampu mengepam air sebanyak 50 juta liter sehari.
  
"Jadi pengguna tidak perlu bimbang bila tiba musim kering nanti kerana kita sudah ada perancangan untuk enam bulan seterusnya. - SH

Maip larang hotel letak bahan bacaan selain Islam

Admin | 9:00 PM | Be the first to comment!
KUANTAN - Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Maip) melarang pemilik hotel di negeri itu menempatkan bahan bacaan agama selain Islam di dalam bilik penginapan pelanggan mereka.
  
Timbalan Yang Dipertua Maip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, surat tentang perkara itu telah diedar kepada 147 hotel di seluruh Pahang sejak 6 Mac dan mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  
"Surat larangan itu dikeluarkan mengikut peruntukan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1989 bagi negeri Pahang selaras dengan perkara 11(4) Pelembagaan Persekutuan.
  
"Dengan itu sesiapa sahaja orang bukan Islam atau pihak pengurusan hotel adalah dilarang meletakkan kitab Bible, sebarang bahan atau dokumen berkaitan agama bukan Islam di ruang bacaan awam khususnya di bilik penginapan dan sekiranya telah ada, maka ia hendaklah dikeluarkan segera," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat teknikal persiapan perasmian Karnival Muamalat dan Cinta Rasul yang dijadualkan diadakan di sini dari 1 hingga 4 Mei ini.

Katanya tindakan meletak bahan-bahan itu boleh dianggap sebagai perbuatan menyebarkan fahaman agama lain kepada orang Islam selaku sebahagian daripada pihak awam yang menginap di hotel terbabit.
  
"Mengembangkan atau menyebarkan dalam apa cara kepada orang yang beragama Islam adalah satu kesalahan, maka perbuatan meletakkan kitab Bible atau buku agama lain boleh ditafsir kepada tujuan penyebaran.
  
"Kita sedia maklum memang ada terdapat hotel yang menyediakan bahan bacaan berkenaan khususnya di dalam laci bilik hotel dan perkara ini sudah lama
berlarutan, malah ada yang dikesan telah melebihi 10 tahun," katanya.
  
Beliau berkata jika sabit kesalahan mereka yang berkenaan boleh dikenakan hukuman di mahkamah sivil dengan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
  
Menurutnya setakat ini pihak pengurusan hotel akur dengan larangan itu selain berjanji mengeluarkan bahan bacaan terbabit secepat mungkin. - Bernama

22 April 2014

Derita 6.7 juta penduduk berlanjutan

Admin | 10:16 AM | 2 Comments
KUALA LUMPUR - Episod catuan bekalan air di Lembah Klang yang kini berlarutan sehingga hari ke-55 ditempelak oleh pelbagai pihak kerana ia telah menyukarkan kehidupan orang ramai sekali gus mendedahkan kelemahan sistem pengurusan air di Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengerusi Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia, S. Piarapakaran berkata, sebagai wilayah yang menjadi penggerak ekonomi dan mempunyai penduduk paling padat di negara ini, pengurusan air di Lembah Klang sepatutnya bebas daripada masalah tersebut.

"Sangat memalukan apabila sebuah negeri maju di Malaysia tidak mampu mengurus sistem bekalan air dengan baik.

"Sikap bodoh sombong pihak yang sepatutnya menyelesaikan masalah bekalan air ini pasti akan merencatkan usaha Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. - Kosmo

21 April 2014

Tolak hudud: Saya bukan Dr Mahathir, kata Anwar

Admin | 9:19 AM | 2 Comments
Model dan pelaksanaan hudud yang bakal diguna pakai oleh kerajaan negeri Kelantan perlu difahami terlebih dahulu sebelum Pakatan Rakyat (PR) mengambil keputusan bersama untuk mempersetujuinya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu berkata, kerajaan perlu membincangkan beberapa perkara asas dalam Islam terlebih dahulu seperti masalah ajaran sesat dan anti hadis sebelum membawa hudud ke satu peringkat yang lebih serius.

“Kita sebagai orang Islam, kita tidak boleh pertikai undang-undang Al-Quran. Saya bukan Mahathir. Kita kena terima. Hal ini harus difaham. Kalau tunggu fatwa, semua fatwa kena pada kita.

“Curi duit tak nampak, kenyataan Mahathir tak nampak, Mahathir sokong Kassim Ahmad anti hadis tak mengapa. Kita yang kena,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam Himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, malam tadi.

Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat menyelar tindakan pihak berkuasa agama menangkap dan membicarakan Kassim kerana tindakan tersebut mencalarkan identiti Malaysia sebagai negara Islam sederhana.
Bekas perdana menteri itu berkata, dalam keadaan Kassim yang bertongkat dan tidak sihat, pegawai agama Islam dan dibantu polis tergamak menahan aktivis berusia 80 tahun itu.
“Saya sedih. Saya sedih kerana Kassim umur 80 tahun, bertongkat dan sakit ditangkap dan akan dibicara. Kenapa Kassim? Kenapa tidak orang lain? Yang menghina agama Islam di Malaysia ramai,” tulisnya dalam artikel di blognya chedet.cc.

Anwar berkata, hudud hanya dapat dilaksanakan sekiranya pembaharuan dilakukan terhadap jabatan agama Islam dan kaedah penguatkuasaan.
Katanya, hudud perlu dilaksanakan secara telus menepati kehendak ajaran Islam sebenar dan tidak memberi kepentingan politik kepada pihak tertentu.

“Kalau dilaksana digunakan undang-undang, curi RM500 juta dari Tan Sri naik Tun. Kamu curi motor, tangan dipotong. Dalam Islam bukan begitu.
“Semua perubahan baru kita kena bincang undang-undang itu macam mana. Saya saman Saiful, empat tahun Mahkamah Syariah tak sidang pun,” katanya merujuk kepada bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.
Anwar yang baru tiba selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di Pulau Pinang berkata, pelaksanaan hudud di Kelantan akan diteliti dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob akan memberikan penjelasan.

“Itu yang kita jemput menteri besar Kelantan untuk datang dalam mesyuarat kita mencari muafakat supaya (hudud) tidak digunakan untuk menekan sesiapa dan menjamin undang-undang itu difahami,” katanya.
Berhubung isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Anwar mempertikaikan senarai kargo pesawat itu yang masih belum disiarkan kepada umum.

Katanya, ekoran daripada sikap kerajaan yang enggan memberikan lebih maklumat mengenai pesawat itu, Malaysia terus mendapat kecaman serata dunia.
“Mengapa cuba tutup maklumat itu? Apa barang yang dibawa? Saya tanya mana dia senarai kargo? Setiap kali ada penerbangan dikomputerkan. Bila tanya, sampai hari ini tak dapat jawab.

“Sekarang saya tuduh, kamu sengaja menyembunyikan bukti. Ada bukti, kamu padamkan. Dia kata ada manggis 4 tan tetapi tiada musim. Di Thailand pun bukan musim manggis,” katanya yang berpakaian serba hitam malam tadi.

Hujung bulan lalu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya mengesahkan selain empat tan manggis yang dibawa di dalam pesawat itu, ia turut memuatkan bateri lithium-ion.
Katanya, bateri lithium-ion pada asasnya bukan barangan berbahaya tetapi ia diisytiharkan sebagai bahan berbahaya di bawah ICAO.

“Kami bawa beberapa bateri kecil lithium-ion, ia bukan bateri yang besar dan ia pada dasarnya diluluskan di bawah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di bawah barangan berbahaya,” katanya. – 21 April, 2014. - TMI

17 April 2014

Karpal maut dalam nahas dekat Tapah

Admin | 4:04 AM | 2 Comments
Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.
Seorang pembantunya meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.
Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera parah.
Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005.
Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan. - Mkini


Karpal Singh maut kemalangan

 

TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.
Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.
Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. - UTUSAN ONLINE

 

14 April 2014

MH370: CIA tahu hal sebenar

Admin | 11:12 AM | 2 Comments
WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.

Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror. - SH

09 April 2014

Harapan pudar bersama isyarat pinger dalam carian MH370

Admin | 9:33 AM | Be the first to comment!
Empat hari selepas pengumuman 'petunjuk paling memberangsangkan' dalam carian penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang sudah sebulan, komander tentera laut US menyatakan keyakinan itu mereka sementara sahaja.

"Semakin masa berlalu, keyakinan kami pudar sedikit demi sedikit," CNN memetik Komander William Marks daripada US Fleet ke-7 berkata.

Pada Isnin, Angus Houston yang mengetuai Joint Agency Coordination Centre yang mengendalikan operasi pencarian yang luas di Perth, memberi bayangan penyelesaian selepas dua kejadian isyarat pinger dikesan oleh kapal laut Australia, Ocean Shield, salah satunya dikesan selama dua jam 20 minit.

Penemuan ini berikutan dua pengesanan awal daripada kapal laut China Haixun 01. – 9 April, 2014. - TMI

07 April 2014

Pencarian beralih ke Lautan Hindi di mana isyarat ‘ping’ dikesan

Admin | 9:59 AM | 1 Comment
* Hayat bateri kotak hitam hampir berakhir.
* Kapal British mengalihkan pencarian di kawasan di mana dilaporkan oleh China mengesan isyarat.
* Pihak berkuasa Australia meluahkan rasa gembira dengan komunikasi China.

Beberapa pesawat dan kapal yang terlibat dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di Lautan Hindi beralih pada hari Isnin ke arah perairan di mana sebuah kapal China mengesan isyarat "ping" pada hujung minggu, memberi harapan untuk menemui perakam hitam kotak pesawat itu.

Kotak hitam, dijangka berada di dasar laut, dilengkapi dengan pencari beacon yang menghantar isyarat “ping” dengan kekerapan yang sama seperti dikesan kapal tentera laut China, namun hayat bateri dijangka sudah habis sekarang, sebulan selepas pesawat MH370 hilang.

"Kami kehabisan masa dari segi segi hayat bateri," kata Ketua Udara Marshal Bersara, Angus Houston, Ketua Agensi Koordinasi Operasi Australia pada sidang akhbar di Perth pada hari Ahad.
Kotak hitam merekodkan data kokpit dan boleh memberi jawapan tentang apa yang terjadi kepada pesawat, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ketika ia hilang daripada radar pada 8 Mac dan terbang ribuan km di luar laluan sepatutnya iaitu dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kapal peronda Cina Haixun 01 dilaporkan menerima isyarat detik dengan frekuensi 37.5 kHz, konsisten  dengan isyarat yang dipancarkan oleh perakam penerbangan, pada hari Jumaat dan sekali lagi pada hari Sabtu.

"Frekuensi 37.5kHz adalah kekerapan spesifik bahawa pingers pencari beroperasi," kata Anish Patel, presiden Sarasota, syarikat Dukane Seacom berpangkalan di Florida, yang membuat alat pencari kotak hitam.

"Ia satu frekuensi yang sangat unik, tidak akan ditemui dalam latar bunyi laut," seperti ikan paus atau mamalia laut yang lain, katanya kepada Reuters.
Isyarat detik dikesan dalam jarak 2 km (1.2 batu) antara satu sama lain tetapi beratus-ratus batu nautika di luar zon carian utama di selatan Lautan HIndi yang dicari dengan rapi oleh pesawat dan kapal pejuang sejak lebih seminggu.

HMS Echo British, yang dilengkapi peralatan sonar bawah air, dijangka sampai ke kawasan tersebut, di mana kedalaman air adalah sekitar 4,500 meter (14,764 kaki), pada hari Isnin.
"Fakta kami mempunyai dua kejadian akustik di lokasi itu memberikan harapan yang memerlukan siasatan penuh di lokasi," Houston berkata, tetapi beliau menegaskan tidak ada bukti konklusif menghubungkannya kepada Boeing 777.

Houston juga menyatakan HMAS Ocean Shield milik Australia, yang menunda alat pengesan pinger milik tentera laut AS adalah kapal terbaik  yang lengkap untuk menentukan perakam penerbangan itu.
Ocean Shield akan terus menyiasat "kejadian akustik" yang berasingan 300 batu nautika di zon carian asal 2,000 km (1,243 batu) barat laut Perth. Keputusan sama ada untuk menghantarnya ke kawasan baru mungkin akan dibuat kemudian pada hari Isnin, kata Houston.

"Kita perlu memastikan sebelum kita meninggalkan mana-mana kawasan-kawasan ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan MH370," kata Houston.
Houston berkata penemuan isyarat “ping” oleh China adalah konsisten dengan pembetulan data satelit awal yang sekali lagi membawa penyiasat untuk meneliti kawasan carian ke arah bahagian selatan koridor.
Satu sumber kerajaan Amerika Syarikat yang terlibat dengan penyiasatan MH370 tersebut pada hari Ahad berkata ping belum lagi disahkan.

Sumber itu juga berkata tidak ada maklumat tambahan yang dipercayai bagi menjelaskan mengapa kehilangan pesawat itu. – 7 April, 2014. - TMI

06 April 2014

Utusan Malaysia: Tidak mustahil kehilangan MH370 berkait dengan CIA

Admin | 3:48 PM | Be the first to comment!
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini tidak menolak kemungkinan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 ketika dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac itu angkara Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS).

Penolong Pengarangnya, Ku Seman Ku Hussein berkata jika serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh CIA, maka tidak mustahil kehilangan pesawat MH370 itu juga dapat dikaitkan dengan agensi risikan itu.
“Marilah kita berfikir di luar kotak mengenai tragedi paling besar bagi negara kita dan sejarah penerbangan dunia. Apakah tidak boleh diterima akal misalnya tragedi ini dirancang oleh pihak tertentu untuk menjejaskan hubungan dengan China?

“Konspirasi peringkat tertinggi melibatkan CIA dalam tragedi 11 September bukan perkara baru. Banyak fakta dan hujah yang meyakinkan dibentangkan. Banyak pihak menerima hakikat 11 September adalah rancangan AS untuk mendapat 'tiket' menyerang Afghanistan dan Iraq,” katanya menerusi akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.

Misi pencarian MH370 hari ini memasuki hari ke-29 dan semalam kapal peronda China, Haixun 01, yang menyertai misi pencarian MH370 mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.
Agensi berita China, Xinhua, menyatakan kapal itu mengesan isyarat detik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.

Ku Seman berkata Malaysia perlu menaruh rasa curiga dengan pihak luar yang ada sejarah liarnya, bertujuan mengeruhkan hubungan dua hala dengan negara China.
Katanya, konspirasi 11 September yang dianggap karut kini menjadi satu fakta dan pihak berkuasa perlu melihatnya daripada perspektif berbeza.

“CNN kelihatan begitu beremosi apabila Malaysia tidak membenarkan CIA mengetuai pencarian pesawat MH370. Kemudian bertindak menyemarakkan kemarahan keluarga penumpang warga China hingga menggugat hubungan Malaysia - China.
“Tidak semua pandangan yang dianggap karut hanya teori konspirasi kosong semata-mata. Saya percaya pihak berkuasa tidak anggap semuanya karut. Mereka lebih bijak daripada CIA.” katanya.

Mengambil contoh insiden 11 September, Ku Seman mempersoalkan bagaimana CNN berjaya merakam WTC runtuh dalam tempoh beberapa saat.
Katanya, dalam satu undian menjelang Pilihan Raya AS 2006, satu daripada tiga rakyat AS percaya tragedi itu dirancang oleh George W Bush dan peringkat tertinggi CIA.

“CNN antara alat perang psikologi bagi mencapai agenda AS menguasai dunia. Cuba bertanya, bagaimana jurukamera CNN mendapat shot daripada pelbagai sudut menara WTC ketika dirempuh oleh pesawat?
Serangan itu berlaku dalam masa "hanya beberapa saat", tetapi CNN sempat merakamkannya daripada pelbagai arah. Wah, sungguh luar biasa.

Soalnya adakah jurukamera CNN sudah bersedia di sekeliling WTC? Kalau benar begitu, bagaimana mereka tahu serangan itu akan berlaku?” katanya. – 6 April, 2014. - TMI

05 April 2014

Mana pergi satelit, radar AS?

Admin | 7:24 PM | Be the first to comment!
SHAH ALAM – Sejak kehilangan pesawat MAS MH370 8 Mac lalu, beberapa negara telah mendedahkan penemuan satelit mereka yang menunjukkan objek berpotensi dikaitkan dengan  pesawat berkenaan.

Negara-negara tersebut ialah Australia, Perancis, Thailand, Japan dan tidak ketinggalan United Kingdom melalui satelit Inmarsat.

Namun, agak menghairankan apabila negara yang mempunyai rangkaian satelit tercanggih di dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) langsung tidak berkongsi penemuan satelit mereka.

Seperti diketahui juga, AS merupakan negara yang paling mendahului dalam bidang penguasaan teknologi, termasuklah peralatan dan pesawat canggih yang pastinya mempunyai keupayaan untuk mengesan di mana sesebuah pesawat berada.

Sebagai contoh, AS memiliki dan melancarkan satelit reconnaissance (pemantauan) paling banyak dengan kemampuan yang boleh menjangkau luas seluruh pelosok dunia.

Pernah digunakan sewaktu perang di Iraq dan Afghanistan, satelit yang sering kali dirujuk sebagai satelit perisikan ini bukan saja berfungsi mengambil gambar.

Malah, ia juga digunakan sebagai pengendali peluru berpandu nuklear dan membantu sistem komunikasi antara markas tentera dengan sistem keselamatan yang tidak mudah ditembusi.

Dalam kes membabitkan pesawat komersial, satelit dengan teknologi infra-red ini pernah mengesan letupan TWA Flight 800 pada 1996 di Lautan Atlantik.

Bukan saja satelit, AS juga memiliki kecanggihan radar yang boleh mengesan sebarang isyarat atau objek walaupun ianya bersaiz kecil.

Perkara itu turut diakui pakar kejuruteraan penerbangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Rizal Effendy Mohd Nasir yang dalam satu laporan Sinar Harian berkata, radar ketenteraan milik AS di Diego Garcia mampu menjejaki pesawat MH370 sekiranya lokasi penerbangan terakhir adalah di Lautan Hindi.

Menurutnya, radar jenis Active Electronically Scanned Array (AESA) yang digunakan di pangkalan ketenteraan itu boleh mengesan pesawat atau kapal yang berada ribuan meter di atas udara mahupun laut berserta jenis, kelajuan dan sebagainya.

Katanya, setiap kapal dan pesawat yang terdapat di pangkalan ketenteraan terbabit juga dilengkapi dengan radar pertahanan udara yang mampu mengesan objek beribu-ribu kilometer jauhnya termasuk apa yang terkandung di dasar Lautan Hindi.

Tidak cukup itu, USS 7th Fleet Navy yang dihantar dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 turut dilengkapi radar paling canggih.

Dengan kepakaran dan kecanggihan aset dimiliki AS ini, sememangnya menimbulkan persoalan besar mengapa MH370 masih tidak dapat dikesan oleh negara berkenaan.

Untuk menganggap kehebatan teknologi AS sebagai cerita yang direka-reka mungkin agak mustahil. Atau mungkin juga kita boleh menganggap AS tidak mendedahkan segala maklumat kepada umum kerana diklasifikasikan sebagai rahsia ‘besar’.

Namun, apa yang lebih dikhuatiri ialah AS sebenarnya mempunyai agenda tertentu di sebalik ‘persembunyian’ teknologinya yang tidak diketahui oleh Malaysia. - SH

Kuasa besar terlibat misteri kehilangan MH370?

Admin | 7:18 PM | Be the first to comment!
SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.

Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.

“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.

“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.

“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa,” katanya.

Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini. - SH

04 April 2014

Anwar tuduh Putrajaya sembunyi maklumat

Admin | 11:32 AM | Be the first to comment!
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

"Saya percaya kerajaan tahu lebih daripada kita. Mereka ada kuasa untuk mengarahkan tentera udara... atau Malaysia Airlines," katanya.

Dalam temubual dengan akhbar The Telegraph UK, Anwar dipetik sebagai berkata kerajaan mempunyai maklumat yang kritikal untuk kita memahami misteri kehilangan pesawat MH370.

Anwar menegaskan sekali lagi bahawa sistem radar Malaysia yang dibeli ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri, mampu mengesan penerbangan MH370 apabila ia berpatah balik dan terbang melintasi Semenanjung Malaysia.

Beliau juga mengkritik kerajaan kerana tidak bertindak cepat pada peringkat awal dengan membiarkan Vietnam dan China menjalan operasi mencari di kawasan yang salah - di Laut China Selatan. - Mkini

03 April 2014

Pelancong China diculik lelaki bersenjata di Sabah

Admin | 10:26 AM | Be the first to comment!
Seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.

Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi.

Akhbar tersebut memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian.

Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah rakyat Filipina.

Foto-foto di talian menunjukkkan para pelancong berkumpul di sebuah bilik makan, dan foto lelaki beruniform dengan rifel dan memakai baju kalis peluru, kemungkinan anggota pasukan keselamatan Malaysia. - Malaysiakini

Wanita hamil tujuh bulan dirogol lima lelaki

Admin | 10:25 AM | Be the first to comment!
BACHOK - Seorang wanita hamil tujuh bulan mendakwa menjadi mangsa rogol lima lelaki ketika keluar bersama rakannya untuk membeli makanan di Tangok, malam Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa, seorang suri rumah berusia 21 tahun keluar dari rumahnya di Kampung Kuchelong, kira- kira jam 10.30 malam untuk ke rumah rakannya di Tangok.

Setengah jam kemudian katanya, mangsa mengajak adik kawannya ke kedai untuk membeli makanan.

“Tiba di tengah jalan, teman lelaki adik rakannya menghalang perjalanan mereka dan mengarahkan mereka menurutinya ke sebuah wakaf di tengah sawah di Kampung Kuau.

 “Adik rakannya dan teman lelakinya meninggalkan mangsa di wakaf itu bersama dua lelaki lain. Salah seorang lelaki tersebut memarahi mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya agar menjemputnya. Lelaki itu kemudiannya menghubungi tiga lagi rakannya yang menunggang motosikal,” katanya.

Menurutnya, semua lelaki terbabit bergilir merogol mangsa dan mangsa hanya dihantar berdekatan rumah rakannya kira-kira jam 4.30 pagi.

"Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tawang pada 1 April.

"Difahamkan, mangsa berkahwin dengan seorang pemandu lori yang kini berada di Kuala Lumpur. Mereka  mempunyai seorang anak berusia 5 tahun," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan semua suspek giat dijalankan. - SH

Penjenayah kembalikan pasport

Admin | 10:23 AM | Be the first to comment!
BERA - Belum reda kesedihan berikutan kehilangan anaknya, Mohd Khairul Amri dalam tragedi MH370, Selamat Omar, sekali lagi diuji apabila rumahnya di Felda Bukit Mendi, di sini dipecah masuk dua lelaki bersenjatakan parang awal pagi semalam.

Bagaimanapun ketika kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, Selamat, 60,  tidak ada di rumah kerana menginap di sebuah hotel ibu negara bagi menunggu  perkembangan misi mencari pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Hanya isterinya, Rosila Abu Samah, 50, dan anaknya, Kaiyisah Adibah, 8, yang baru pulang dari ibu negara petang Ahad lepas berada di rumah ketika kejadian.

Menurut Rosila, dia tersedar dari tidur apabila lampu bilik terpasang, dan terkejut bila melihat dua orang bertopeng berada di hadapannya.

“Salah seorang mengacukan parang ke arah saya menyuruh saya supaya senyap, dan meminta memberikan gelang dan anting-anting.

“Sementara seorang lagi menyelongkar almari baju untuk mencari barang berharga,” katanya kepada Sinar Harian.

Rosila berkata, kedua-dua penjenayah itu yang memecah masuk melalui tingkap biliknya itu menggeledah rumahnya hampir setengah jam dan turut melarikan beg tangannya yang mengandungi kad pengenalan dan kad bank.

"Saya merayu supaya mereka tidak ambil pasport kami kerana bimbang akan menyukarkan urusan ke luar negara sekiranya terdapat sebarang perkembangan mengenai pesawat yang hilang itu di Perth, Australia.

Katanya, mereka turut mengambil beberapa kad bank, kad pengenalan dan dua telefon bimbit tetapi memulangkan kad Maybank, lesen memandu dan pasport.

“Selepas mereka ambil semua barang, saya ada dengar salah seorang menelefon rakan lain memberitahu untuk jumpa di tempat biasa. Dan mereka keluar ikut pintu utama, tetapi tidak langsung dengar bunyi motosikal atau kereta,” katanya.

Rosila memberitahu, dia bergegas ke rumah jiran untuk memaklumkan berhubung kejadian itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Mengkuang.

Difahamkan, Rosila sudah menghubungi suaminya (Selamat) untuk memberitahu perkara ini, dan dia agak terkejut mendengar apa yang berlaku serta memaklumkan akan pulang ke Bera hari ini selepas urusan di Putrajaya selesai.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan kejadian tersebut dan kes sedang disiasat manakala pihak polis sedang memburu penjenayah itu. - SH

UK hantar kapal selam bantu cari MH370

Admin | 8:21 AM | Be the first to comment!
Kapal selam British HMS Tireless menyertai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang awal bulan lepas, di Lautan Hindi.
  
Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata maklumat ini disahkan oleh rakan sejawatnya Philip Hammond dalam satu perbualan telefon pagi Selasa. Hawaii adalah 18 jam lewat di belakang Malaysia.
  
"Ini adalah satu sumbangan daripada rakan Malaysia yang amat dihargai bukan sahaja oleh kami tetapi juga rakan-rakan operasi pencarian penerbangan MH370," katanya kepada Bernama di Honolulu.
  
Hishammuddin tiba di Honolulu pada hari Isnin untuk menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean atas inisiatif Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel.
  
Pesawat Boeing 777 dengan 239 penumpang dan anak kapal itu yang dalam penerbangan ke Beijing hilang secara misteri pada 8 Mac lepas ketika merentasi Laut China Selatan, selepas kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam.
  
Para pemerhati berkata ia menunjukkan sokongan berterusan United Kingdom kepada percubaan pelbagai negara untuk mengesan pesawat yang hilang itu.
  
Peralatan pendengaran dalam air yang canggih dimiliki HMS Tireless akan digunakan untuk mengesan lampu isyarat pengesan perakam penerbangan pesawat itu.

Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata HMS Tireless, sebuah kapal selam nuklear kelas Trafalgar, berkeupayaan untuk beroperasi di kawasan persekitaran maritim yang paling teruk, seperti di Kutub Selatan.
  
Tambahan pula, UK telah menghantar HMS Echo untuk membantu pencarian.
  
"Saya berharap setiap orang akan mendoakan kesemua aset yang kita ada boleh mengenalpasti objek-objek yang dikesan oleh satelit-satelit dalam pencarian penerbangan MH370," kata Hishammuddin.
  
Satu operasi melibatkan pelbagai negara telah digerakkan bagi mencari pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian selepas didapati pesawat itu melencong dari laluan asal, pencariannya beralih di sepanjang dua koridor - koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
  
Berikutan sejenis analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom, Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK merumuskan penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ditengah Lautan Hindi , ke barat Perth, Australia.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, selepas 17 hari kehilangan pesawat itu, bahawa penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".  Pencarian diteruskan di sana.
  
- Bernama



Di mana kapal selam Malaysia? 

MH370: Petunjuk baru tidak akan didedah

Admin | 8:19 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihak polis sudah mempunyai petunjuk kehilangan MH370 namun beliau tidak dapat mendedahkan petunjuk yang dinyatakan kerana bimbang ianya akan menjejaskan siasatan.

Menurutnya, seluruh penyiasatan sedang berjalan dan setakat ini pihaknya masih belum dapat menyimpulkan apa-apa persoalan.

"Pihak polis tidak mempunyai pengalaman untuk menangani kes seperti ini sebelumnya, kami masih menyiasat punca kehilangan pesawat tersebut," katanya.

Jelasnya lagi, petunjuk yang diperoleh pihaknya mungkin akan membawa kepada penyelesaian kes ini.

"Kami meneliti petunjuk baru itu bersama laporan yang disediakan berdasarkan empat aspek utama siasatan iaitu, aspek rampasan, aspek sabotaj, aspek psikologi dan aspek latar belakang kru dan penumpang pesawat," katanya menerusi satu kenyataan yang dilaporkan oleh The Sun Daily. - SH

01 April 2014

Persoalan utama siapa rampas pesawat

Admin | 8:59 PM | Be the first to comment!
SHAH ALAM – Teori yang mengatakan pesawat MH370 berkemungkinan dirampas pihak tertentu sebelum pesawat tersebut dilaporkan berakhir di Lautan Hindi, masih boleh diterima dan tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Walau bagaimanapun, persoalan utama ialah siapa individu yang merampas pesawat tersebut dan tanda tanya itu sukar untuk dikupas.

Menurut sumber, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa yang merampas pesawat itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau juga menolak teori mengatakan bahawa juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid bertanggungjawab dalam rampasan pesawat itu.

Namun katanya, teori yang diperkatakan itu tidak boleh didedahkan secara terperinci kerana ia akan mencampuradukkan isu membabitkan antara negara.

“Saya tidak boleh komen lebih lanjut kerana ia akan menyentuh isu antara negara selain jika benar teori ini benar akan menjadi teori konspirasi berprofil tinggi," katanya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch  (AAIB) di Britain.

Timbul pelbagai andaian berikutan pesawat tersebut melencong jauh daripada laluan asal sehingga ke Lautan Hindi yang disifatkan tempat paling sunyi di dunia.

Sebelum ini, isu rampasan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dibangkitkan pada hari kedua kehilangan pesawat MH370, selain turut dikaitkan dengan penggunaan pasport palsu oleh dua orang warga asing yang menaiki pesawat tersebut.

Sehingga kini, polis masih belum menolak andaian pesawat tersebut dirampas dan turut menyiasat tiga elemen lain yang berkemungkinan motif kejadian iaitu sabotaj, masalah peribadi serta masalah psikologi membabitkan semua individu yang menaiki pesawat itu. - SH

Pilihan Raya Presiden Mesir 26, 27 Mei

Admin | 9:55 AM | Be the first to comment!
KAHERAH - MESIR. Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir mengumumkan Pilihan raya Presiden Mesir akan diadakan pada 26 dan 27 Mei ini dan keputusan pilihan raya itu dijangka diumumkan 5 Jun nanti.

Sekiranya tiada calon yang memenangi kerusi, pilihan raya itu akan berlangsung untuk pusingan kedua dijadualkan  16 dan 17 Jun dan keputusan akan diketahui pada 26 Jun.

Jurucakap suruhanjaya pilihan raya berkata, pendaftaran calon-calon dilakukan pada 20 April dengan tempoh kempen selama 20 hari bermula 3 Mei.

Difahamkan, bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi dijangka menjadi calon utama dalam pilihan raya itu.

Bagaimanapun, beliau bakal mendapat tentangan daripada calon pembangkang Hamdeen Sabbahi yang pernah ditewaskan Presiden digulingkan Mohammed Mursi ketika pilihan raya 2012.

Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagaimanapun melahirkan kebimbangan terhadap pencalonan Al-Sisi di mana akan berlaku pertempuran lebih besar dari kalangan rakyat yang menolak bekas tentera untuk kembali mentadbir.

“Kami jangkakan proMursi dan gerakan Ikhwanul Muslimin akan bangkit menentang pencalonan itu,” katanya.

Sementara itu, Al-Sisi mula melakukan kempen pilihan raya dengan menaiki basikal memasuki beberapa kawasan di Tagamu el-Khames di ibu negara.

Beliau dilihat berbasikal bersama beberapa penyokongnya untuk meraih undi dan berkempen secara senyap, laporan dipetik dari Al Arabiya. - SH

Seminggu sebelum isyarat kotak hitam lenyap

Admin | 9:10 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR - Selepas 25 hari pesawat MH370 hilang, pihak berkuasa kini mempunyai tempoh seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam pesawat itu kerana isyarat daripada perakam itu bakal lenyap tidak lama lagi.

Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat khususnya di kawasan luas seperti di Lautan Hindi.

Operasi pencarian oleh pelbagai negara telah mengenal pasti kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, iaitu kira-kira 1,850km dari barat Perth di Australia, sebagai kemungkinan lokasi pesawat itu berakhir.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam berkata, 10 pesawat termasuk sebuah pesawat awam dan 10 kapal telah memulakan perjalanan ke kawasan carian untuk mencari serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan MH370 itu. 

Jika mereka menemui serpihan itu dan mengesahkannya daripada pesawat berkenaan, ia akan membantu pasukan mencari untuk mengecilkan kawasan pencarian kotak hitam itu.

Bagaimanapun, dengan ketibaan kapal Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan isyarat, dan kapal selam kecil tanpa pemandu Bluefin 21 yang dijangka tiba di kawasan pencarian pada Khamis, harapan tinggi disandarkan bagi mengesan kotak hitam itu.

Mengenai objek berpotensi yang dikesan pada Sabtu, Hishammuddin berkata lima objek diambil oleh kapal perang tentera laut Australia OHMAS Success dan Haixun, sebuah kapal dari China.

"Bagaimanapun, didapati tiada ada satu pun objek itu yang berkaitan dengan  MH370," katanya kepada pemberita dalam sidang media mengenai perkembangan terkini berhubung misi pencarian MH370 di sini, semalam.

Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di "selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).

Najib juga akan melawat Perth, Australia pada Rabu ini untuk melihat sendiri operasi mencari pesawat yang hilang di Lautan Hindi itu.

"Perdana Menteri kami memutuskan pergi ke Perth pada Rabu bagi lawatan kerja ke pangkalan tentera udara Pearce untuk melihat sendiri operasi dan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang terlibat dalam usaha mencari pelbagai negara ini, termasuklah kakitangan dari Malaysia," kata Hishammuddin.

Sementara itu, rakan kongsi kod MAS, China Southern Airlines, telah bersetuju untuk bekerjasama dengan MAS dalam memberi bantuan kepada anggota keluarga penumpang pesawat MH370.

Namun, ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan nasional itu memikul lebih tanggungjawab di atas kehilangan MH370 kerana pesawat itu dimiliki MAS.

Penerbangan MH370 turut dipasarkan sebagai Penerbangan 748 (CZ748) China Southern Airlines, dengan ada penumpang yang memegang tiket syarikat penerbangan China itu.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama

Hishammuddin mohon kerjasama penuh AS

Admin | 9:03 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein akan berangkat ke Hawaii untuk menghadiri satu mesyuarat dengan Markas Pasifik Amerika Syarikat berkenaan isu MH370.

Mesyuarat yang akan diadakan mulai 1 hingga 3 April akan dikendalikan oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel.

Menurut beliau, pertemuan itu diadakan untuk meminta bantuan dan kerjasama dari Amerika Syarikat dalam usaha mengesan MH370.

"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya akan memberikan maklumat terkini dan juga prkembangan terbaru berkenaan dengan misi mencari pesawat MH370,"

"Ianya satu pertemuan yang penting bagi kedua buah negara, pihak kerajaan amat berterima kasih kepada kerajaan Amerika Syarikat jika mereka mahu memberikan kerjasama penuh bagi menjejak pesawat terbabit," katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Tambahnya lagi, beliau akan turut menggunakan peluang itu untuk membincangkan kemungkinan untuk menambah lagi aset untuk mencari pesawat di Laut Hindi. - SH