07 August 2014

Undi Tidak Percaya Satu-satunya Cara Singkir Khalid

Abdul Khalid tetap sah MB jika gugur ahli PKR

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih boleh mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor walaupun digantung atau digugurkan sebagai ahli PKR.

Penganalisis Perundangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia, Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz berkata, tidak termaktub dalam amalan demokrasi di negara ini individu yang digugurkan dalam parti tidak boleh jadi menteri besar.

“Jika dilihat dari sudut perundangan, seseorang yang digantung atau dipecat dalam parti tidak ada masalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor kerana beliau adalah Adun.


“Jadi tiada masalah jika Abdul Khalid enggan melepaskan jawatannya kerana beliau masih mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan,” katanya berhubung krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata, sekiranya PKR nekad mahu Abdul Khalid melepaskan jawatannya, ahli dalam dewan negeri perlu meluluskan usul atau membuat undi tidak percaya.

“Kalau parti tidak gembira dengan Abdul Khalid, ahli dewan negeri boleh guna alternatif itu.

“Hanya cara ini saja boleh memecat Abdul Khalid dan perkara ini tidak sepatutnya dilengah-lengahkan oleh PKR,” katanya.

Menurutnya, segala serangan berbentuk politik yang PKR lakukan ketika ini sebenarnya tidak sedikit pun menjejaskan Abdul Khalid kerana tindakan tersebut tidak berkaitan dengan amalan perundangan negara ini.

“Kalau hendak menggunakan tekanan politik untuk Abdul Khalid bersara...itu isu lain kerana perkara itu tiada kena mengena dengan isu undang-undang,” katanya.

Jelas Sham Rahayu, jika Abdul Khalid meletakkan jawatannya secara sukarela maka peletakan jawatan itu sah di sisi perundangan. - SH

5 comments:

  1. Mlyu memg tbal mukenye. D Negara lain brbeda pndirian pun ltak jwtn. Mlyu... parti tk suke pun dok trhegeh lg mnebal muka slamba... mne maruah diri?

    ReplyDelete
  2. kalo Tan Sri Khalid aku meletakkan jawatan sbg MB maka itu brmakna mengiyakan sgala tuduhan serta serangan politik PKR ke atas beliau.. beliau sememangnye gentleman dlm mnjaga maruahnya.. yg trhegeh2 tu parti PKR..

    ReplyDelete
  3. Anwar maksum....segala video ke tuduhan ke kroni ke x terpakai kt dia...kt org laim..x ikut dia...brdosa..xnak hudud pun xper...

    ReplyDelete
  4. Lebihkan rosmah kroni..lebihkan bini...demokrasi..pee'l amerika penaja pkr

    ReplyDelete
  5. Mmg melayu muka tebal...laki presiden...bini timb presiden..anak naib presiden....

    ReplyDelete