03 August 2014

Saifuddin: 'Diam diri lebih baik'

SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung dakwaan Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor Rabu lalu yang menyebut beberapa nama termasuk namanya.

Beliau berkata, tiada apa yang perlu dijawab untuk isu tersebut.

"Saya sudah mengambil ketetapan, berdiam diri lebih banyak kebaikannya daripada saya menjawab," katanya ringkas kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya berkemungkinan akan ada sidang media khas berhubung perkara itu, Saifuddin menafikannya.
"Tidak.. pendirian saya jelas, tidak mahu menjawab apa-apa walaupun di mana sahaja, tiada sidang media atau sebagainya," katanya.


Terdahulu, Muhammad Sanusi menerusi akaun Facebooknya berkata, kenyataan Saifuddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang menjadikan krisis di Kedah di bawah pentadbiran PR sebelum ini sebagai contoh terhadap situasi yang berlaku di Selangor sama sekali
tidak wajar serta berlainan sama sekali.

Menurutnya, situasi kemelut yang berlaku di Selangor tidak sama dengan krisis yang pernah berlaku dalam PR di Kedah, malah perbandingan antara kedua-duanya juga tidak setara.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi turut mencabar Saifuddin supaya menunjukkan satu bukti yang mengaitkan beliau dengan tuduhan isu berkaitan balak, tanah, projek, pasir seperti disampaikan pegawai tadbir kerajaan negeri (KCS), exco dan adun Pas hingga menganggapnya 'persis ayam berkokok tetapi ekor bergelumang najis'. - SH

4 comments:

  1. Yang PAS pun, benda dah setel..dok pi kocak ayaq bagi keghok buat apa lagi...saja nak cari pasai nak panjang ceghita ke?

    ReplyDelete
  2. Bila dah kena batang hidung dan tak boleh nak lari, baru keluar ayat "diam diri lebih baik".

    ReplyDelete
  3. Hampa kelahi la. Umno dok gelak. Pru 14 lingkup semua baru puas hati

    ReplyDelete
  4. Perangai PAS memang macam tu bila kena tuding jari mula la depa dok cari salah orang pula dan ungkit semua apa yang depa dah buat bapa makan kuah gulai kalau tak tuang dalam pinggan tak kan nak tuang dalam periok,Ketua suka ungkit dan keluaq kenyataan mengatasi mesyuarat nak buat macam mana,itulah PAS.Aku tak sokong belah mana-mana tapi dah meluat tengok perangai pemimpin yang gila kuasa ,kami pengundi nie dok harap la kot-kot PR boleh telingkupkan UMNO/BN tapi nampaknya PR yang akan telingkup di PRU14 nanti ,tunggu dan lihat jika 44 orang pengundi dok sumpah kata lingkup dia akan jadi kenyataan ,itu kata orang tua-tua,wallah hu'ahlam bissawab.

    ReplyDelete