PETALING JAYA - Tiada seorang ahli Majlis Tertinggi Umno pun yang berani
ponteng daripada menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi parti politik
itu sekali gus membuatkan parti itu tetap kukuh sehingga ke hari ini.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun
Umno kini menjadi seteru politiknya, namun tahap disiplin tinggi yang
ditunjukkan ahli MT Umno dengan menghadiri semua mesyuarat parti itu
perlu diteladani oleh ahli parti lain termasuk PKR di negara ini.
"Siapa kata Umno itu semua tidak baik, pengalaman saya dalam Umno
sebelum ini membuktikan ahli MTnya tidak pernah ponteng dari mesyuarat
parti.
"Mereka (ahli Umno) sangat menitikberatkan apa yang dimesyuaratkan demi
kekuatan dan kelangsungan parti mereka sehingga boleh bertahan ke hari
ini," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di ibu pejabat
PKR, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut masalah integriti dan disiplin
yang membabitkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim termasuk gagal menghadiri
mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Biro Politik sejak beliau
menggalas jawatan menteri besar.
Saifuddin juga mendedahkan daripada 136 mesyuarat pimpinan parti itu
sepanjang dua penggal PR di Selangor, hanya 42 kali sahaja Abdul Khalid
mengambil bahagian dan menghadirinya. - SH
No comments:
Post a Comment