Selepas lebih 200 orang ditahan hari ini, polis
menggesa anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) selebihnya menyerah
diri selepas pasukan itu diisytihar tidak sah baru-baru ini.
“Eloklah mereka yang bertanggungjawab ke atas PPS ini segera menyerah
diri sebelum kami serbu kediaman,” tulis Ketua Polis Negara Tan Sri
Khalid Abu Bakar di Twitter hari ini.
Polis pagi ini menahan kira-kira 250 anggota PPS Pulau Pinang selepas
menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade di Pulau Pinang.
Khalid pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan
1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
31 August 2014
PPS kena tahan selepas perbarisan
GEORGETOWN - Tidak kurang 250 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS)
yang menyertai perbarisan sempena sambutan hari merdeka ditahan polis
sejurus mereka menamatkan perbarisan kira-kira jam 10.15 pagi tadi.
Mereka ditahan di Balai Polis Lebuh Pantai.
Beberapa Adun DAP dilihat turut berada di hadapan balai polis berkenaan.
Mereka akan di bawa ke IPD Timur Laut untuk diambil keterangan. - SH

29 August 2014
Namakan isteri sahaja untuk jawatan MB perkara luar biasa - Nasrudin
KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim mencalonkan isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail disindir Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin
Hassan.
Suntikan RM6 bilion kepada MAS satu pelaburan, kata Najib
Datuk Seri Najib Razak hari ini menyifatkan suntikan modal RM6 bilion yang diberikan Khazanah Nasional kepada Malaysia Airlines (MAS) bukanlah untuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara itu semata-mata, malah lebih berbentuk pelaburan.
Perdana menteri berkata MAS mungkin memerlukan lebih daripada tiga tahun bagi pelan pemulihannya, namun akan ada pertumbuhan positif dalam tempoh berkenaan. "Wang disuntik ke dalam MAS dan kita memutuskan RM6 bilion itu mesti diperoleh semula. Ia bukan menyelamatkan. Menyelamatkan ialah apabila ia tidak dapat dipulihkan semula.

PKR tetap namakan Wan Azizah calon MB
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesa semua Adun PKR di
Selangor untuk menarik diri daripada pencalonan oleh mana-mana pihak
sebagai Menteri Besar Selangor secara terbuka.
Beliau berkata, mereka menyatakan pendirian mereka sebagai menghormati keputusan parti dan Majlis Pimpinan PR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal bagi jawatan itu.

Sultan tolak calon MB 'kawalan jauh'
Sultan Selangor dilaporkan menolak calon menteri besar yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu melalui “kawalan jauh”.
Walau tanpa menyebut nama mana-mana calon, laporan The Star yang memetik kenyataan sumber yang dekat dengan istana itu dipercayai merujuk kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
28 August 2014
Keputusan calonkan Wan Azizah MB Selangor muktamad
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata
keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah
muktamad.
PKR: PAS tak kisah pun 'paksa' sultan sebelum ini
PKR menolak hujah yang dikemukakan oleh PAS
berhubung keputusan parti Islam itu untuk mengemukakan dua nama kepada
istana bagi jawatan menteri besar Selangor.
PAS tetap mahu kemuka dua nama
PAS tidak mengendahkan rayuan Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan tetap bertegas bahawa parti itu akan mengemukakan dua nama
kepada istana Selangor untuk jawatan menteri besar.
27 August 2014
PKR, DAP hanya hantar nama Wan Azizah kepada Sultan Selangor
PKR dan DAP tetap hanya akan mencalonkan satu nama sebagai menteri besar Selangor iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail walaupun Sultan Sharafuddin Idris Shah menghendaki Pakatan Rakyat (PR) menghantar lebih daripada dua nama.
Melalui satu kenyataan lewat malam ini, dua parti itu berkata, hanya nama Dr Wan Azizah akan dipersembahkan untuk pertimbangan Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan PR pada tahun lepas. "Ini sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar sebelum ini.
"Ia juga memandangkan Dr Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang ahli Dewan Undangan Negeri Selangor," menurut kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua. Kenyataan berkenaan turut melampirkan surat dari istana bertarikh 7 Mei, 2013 berkenaan pelantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

26 August 2014
PKR adakan sidang tergempar bincang titah Sultan
SHAH ALAM - PKR hari ini mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan
titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu Pakatan
Rakyat mencadangkan lebih dua nama sebagai calon jawatan itu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online sebentar tadi memaklumkan perkara tersebut.
“Kita tengah bersidang. Kita akan respon kenyataan itu, selepas perbincangan ini,” katanya.
Dalam pada itu cubaan Sinar Harian Online untuk mendapatkan respon daripada Pas dan DAP tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab.

Abdul Khalid letak jawatan MB Selangor
SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini
menyembah maklum untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar
Selangor.
Namun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan penerimaan peletakan jawatan oleh Abdul Khalid sementara pelantikan menteri besar yang baharu.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi satu kenyataan dari pihak istana memaklumkan, penangguhan penerimaan peletakan jawatan Abdul Khalid itu bagi memastikan pentadbiran kerajaan Selangor berjalan lancar dan teratur.

Mesyuarat PAS tegang, pemimpin tolak pilihan MB Selangor Hadi
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan penentangan ahli partinya sendiri apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor menolak calon menteri besar Selangor pilihannya – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika mesyuarat jawatankuasa pusat, seminggu selepas mereka memutuskan menghantar dua nama.
21 August 2014
Saya bukan ahli Umno lagi, kata Nakhaie Ahmad
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad yang menyertai Umno suatu ketika dahlu hari ini mengeluarkan kenyataan mengejutkan melalui Facebooknya, "Saya bukan Umno lagi".
"Mengapa saya harus keluar dari Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan bagi menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara. "Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu.
Penyataan Nakhaie dibuat sehari selepas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah tidak lagi bersama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. Nakhaie meninggalkan jawatannya sebagai naib presiden PAS dan menyertai Umno pada 1989 sebelum pilihan raya umum Malaysia 1990 selepas berbeza pendapat dengan presiden PAS ketika itu, Yusof Rawa.
Sebelum itu, beliau lari meninggalkan negara ekoran Operasi Lallang yang membawa kepada tangkapan besar-besaran terhadap pemimpin pembangkang. Ketika di dalam PAS, beliau adalah individu bertanggungjawab menubuhkan Harakah yang sehingga kini menjadi media rasmi PAS.
Nakhaie juga menubuhkan Chiness Consultative Council (CCC) untuk dijadikan jambatan antara orang Cina dan PAS pada 1982. PAS kehilangan pemikir besarnya apabila Nakhaie meninggalkan PAS diambang PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah memenangi semula Kelantan pada 1990. – TMI

Sultan tidak patut diberi hak mutlak lantik MB, kata Khalid Samad
Sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Katanya, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Kita tidak sepatutnya memberikan kuasa mutlak kepada Sultan untuk menentukan menteri besar, kerana ini sistem raja berperlembagaan," katanya ketika ditanya mengapa PR tidak menyerahkan dua nama calon menteri besar kepada sultan.

20 August 2014
Kereta guru yang bermasalah, bukan dibakar pelajar
Foto sebuah kereta milik seorang guru yang mula menjadi viral sejak siang tadi dan didakwa kononnya dibakar oleh pelajar - Foto sumber WhatsApps. |
17 August 2014
Azmin tunggu mesyuarat Pakatan sebelum ulas keputusan PAS
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menggesa semua pihak tidak terburu-buru membuat kenyataan berkenaan keputusan PAS Pusat menyerahkan namanya sebagai salah seorang calon diterima menggantikan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Kita tunggu pimpinan Pakatan Rakyat (selesai bermesyuarat hari ini). Biar majlis tentukan dulu, kemudian baru saya beri respons," katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider. Beliau diminta mengulas hasil mesyuarat PAS Pusat pagi tadi memutuskan menerima presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin sebagai calon menteri besar bagi negeri terkaya di Malaysia itu.
Keputusan itu diumumkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mengatakan ia akan dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan PKR petang ini. Pada sidang media itu, Mohamad yang juga dikenali Mat Sabu berkata, PAS juga memutuskan terus kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) walaupun krisis tersebut hampir memecahkan gabungan parti pembangkang itu.

Khalid mohon menghadap, tunggu nasihat sultan
Tan Sri Khalid Ibrahim menerima dengan hati
terbuka keputusan PAS mencalonkan dua nama sebagai penggantinya sebagai
menteri besar Selangor dan akan memohon menghadap sultan Selangor ekoran
perkembangan terbaru itu.
“Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama empat ahli MMKN (exco) daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini,” katanya.
Dalam mesyuarat jawatankuasa pusat yang dinantikan-nantikan pagi ini, PAS mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai pengganti Khalid di samping nama sedia ada Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Pas Cadang Azizah Atau Azmin Ganti Khalid
Pas Pusat mengumumkan bersetuju untuk mengangkat dua nama dari PKR bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Dipecat PKR sebab Pas tolak Khalid
KUALA LUMPUR - Pas menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menjawat
jawatan Menteri Besar Selangor kerana beliau bukan lagi ahli PKR.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, kini sudah tidak timbul soal Abdul Khalid selepas keahliannya dalam PKR telah ditarik.
"Sudah tidak timbul lagi soal beliau (Abdul Khalid) kerana dia sudah dipecat partinya.
"Dia bukan lagi ahli PKR. Kita tahaluf siyasi dengan parti bukan dengan individu," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat khas jawatankuasa Pas Pusat, hari ini.
Pas hari ini mengumumkan dua nama calon menteri besar bagi menggantikan Abdul Khalid iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

16 August 2014
Tan Sri Khalid Ibrahin Cukuplah Memperalatkan PAS
Saya
memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan
membisu sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada
sekalipun sekian ramai awak-awak telah mengharu birukan lagi keadaan
dengan komen-komen yang sesetengahnya tidak bertanggung jawab, bahkan
mencederakan nama baik PAS.
Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah dari membina.
Namun begitu, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS. Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat. Presiden PAS telah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu telah berlalu.

Perodua Axia EEV Pertama Negara Buka Tempahan
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) membuka tempahan
bagi model terbaharunya, PERODUA Axia, kenderaan cekap tenaga (EEV)
pertama Malaysia yang dijual pada harga bermula RM24,900.
Khalid tak tolak kemungkinan bubar DUN Selangor
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri
(DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda
negeri itu.
Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.
"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri di Shah Alam malam ini.
Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota exco kerajaan negeri daripada PAS untuk membubarkan DUN pada November ini.

15 August 2014
Azlee (Senario) Takut Jalani Pembedahan Kedua Buang Hempedu
Kiki sertai PERKASA Selangor
Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin, atau yang
lebih dikenali sebagai Kiki yang terbabit kes membuli seorang warga
emas, telah menyertai PERKASA Selangor.
Kiki menerima kad keahliannya dari NGO itu semalam.

Krisis Selangor: PAS tetap tolak Wan Azizah - Mustafa
KUALA LUMPUR: PAS tetap menolak pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Keputusan itu dibuat oleh Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Pusat yang bermesyuarat di Ibu Pejabat PAS di sini, malam tadi. Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Pada sidang media kemudian, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menegaskan penolakan pencalonan Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu bukan kerana jantina.
14 August 2014
Azizah umum Pakatan dapat sokongan majoriti
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor
apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi
menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.
Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

Rodziah Ismail tinggalkan Khalid Ibrahim
Exco Selangor daripada PKR Rodziah Ismail hari
ini berkata beliau akan meletakkan jawatan daripada kabinet Tan Sri
Khalid Ibrahim walaupun masih dialu-alukan oleh menteri besar Selangor
itu.
“Ya, saya akan (letak jawatan),” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan keluar daripada kabinet Khalid.
Rodziah berkata demikian sewaktu ditemui di lapangan terbang sepulangnya daripada Bangkok, Thailand sebenar tadi.
Ditanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan Khalid, Rodziah menjawab, beliau akan menyokong Pakatan Rakyat.
Beliau hanya bercakap sebentar sebelum bergegas ke keretanya.

13 August 2014
Exco PKR, DAP yang dipecat masuk pejabat seperti biasa
Enam exco Selangor DAP dan PKR yang dipecat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim petang semalam masih meneruskan tugas seperti biasa pagi ini.
Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin V Ganabatirau dilihat tiba di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) kira-kira jam 9 pagi tadi.
Ini diikuti Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim yang tiba 15 minit kemudian. Mereka yang masih menaiki kenderaan rasmi exco kelihatan tersenyum sebaik disapa wartawan dan berkata akan menjalankan tugas pejabat seperti biasa. Manakala, Khalid pula tiba di bangunan SUK kira-kira jam 9.15 pagi dan akan mengadakan sidang media pada 2 petang ini selepas mempengerusikan mesyuarat exco. – TMI

Exco PAS hadir mesyuarat exco demi selamatkan Selangor, kata Khalid Samad
Empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS perlu menghadiri mesyuarat hari ini untuk memastikan kerajaan negeri terus kekal sehingga parti Islam itu bermesyuarat pada 17 Ogos ini, kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad.
Khalid berkata, PKR dan DAP perlu memahami, jika semua exco Selangor tidak hadir bermakna kerajaan boleh jatuh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh dibubarkan. "Adakah itu kehendak kita," kata Khalid ketika mengulas desakan PKR dan DAP agar empat exco PAS tidak hadir dalam mesyuarat kerajaan negeri Selangor hari ini.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu apakah semua empat exco PAS itu akan menyertai mesyuarat atau tidak. Malam tadi, DAP dan PKR merayu kepada PAS agar memboikot mesyuarat exco hari ini sebagai solidariti kepada pemecatan enam exco oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Adun PAS gesa mesyuarat disegerakan, sokong Pakatan tolak Khalid
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang dari PAS Saari Sungib menggesa agar kepimpinan PAS Pusat menyegerakan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Saari ketika dihubungi berkata, langkah itu perlu bagi "menamatkan" percaturan Khalid sebelum beliau melakukan tindakan lanjut ekoran pemecatan 6 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Selangor dari PKR dan DAP hari ini.
"PAS perlu segerakan mesyuarat kerana seolah-olah akan ada keputusan besar, sedangkan kita perlu mengukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya kepada The Malaysian Insider.

12 August 2014
Pakatan kehilangan Selangor, Khalid pecat Exco PKR dan DAP
Pakatan Rakyat (PR) hari ini kehilangan kerajaan Selangor apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bermasalah selama ini memecat kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PKR dan DAP.
Lima daripada exco yang terlibat menerima surat pemecatan mereka sementara Exco PKR Rodziah Ismail berada di luar negara. Tindakan Khalid ini meninggalkan beliau dengan empat Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor. Tidak diketahui sama ada kepimpinan PAS sedar mengenai pemecatan ini serta pendapat mereka tentang isu ini.
PAS menegaskan keputusannya tentang menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor hanya akan dibuat pada 17 Ogos. Kepimpinan PKR dan DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dan dijangka akan menyatakan pendirian mereka selepas mesyuarat. – 12 Ogos, 2014.

Majoriti Adun Pakatan Selangor tandatangan surat sokong Wan Azizah jadi MB
Sekurang-kurangnya 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) sudah menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyatakan hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor.
Semua 15 Adun DAP, 13 PKR dan 4 Adun PAS menandatangani SD tersebut, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap Khalid yang mengatakan memiliki sokongan majoriti selepas menghadap Sultan Selangor semalam. Sumber daripada DAP dan PAS memberitahu The Malaysian Insider dengan kenyataan bersumpah itu, sangat tidak logik apabila Khalid mengatakan dirinya masih memiliki sokongan.

Pelakon Robin Williams ditemui mati
Pemenang anugerah Oscar pelakon dan pelawak
Robin Williams ditemui mati, disyaki membunuh diri, pada hari Isnin
selepas akibat dilanda kemurungan.
Bintang Hollywood berusia 63 tahun itu, yang membintangi filem seperti "Good Will Hunting," "Good Morning Vietnam" dan "Mrs Doubtfire" ditemui mati di rumahnya di Tiburon, utara California, tidak lama sebelum tengah hari, demikian menurut satu kenyataan polis.
"Pada masa ini, Pejabat Bahagian Koroner Sheriff mengesyaki kematian itu kerana bunuh diri akibat asphyxia," kata kenyataan Jabatan Sheriff County Marin, lapor AFP.

Khalid minta ROS campur tangan pemecatannya
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan meminta
Pendaftar Pertubuhan (ROS) campur tangan dan meneliti proses pemecatan
beliau dari PKR.
Kata beliau, walaupun undang-undang ROS tidak membenarkan urusan pertubuhan termasuk parti politik dibawa ke mahkamah, namun beliau akan menggunakan saluran itu.
"Saya tidak akan membawa perkara ini ke mahkamah, tapi saya akan juga meminta Pendaftar Pertubuhan untuk melihat kepada tatacara bagaimana pertubuhan-pertubuhan menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka," katanya pada sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini, hari ini.

07 August 2014
Undi Tidak Percaya Satu-satunya Cara Singkir Khalid
Abdul Khalid tetap sah MB jika gugur ahli PKR
SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih boleh mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor walaupun digantung atau digugurkan sebagai ahli PKR.
Penganalisis Perundangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia, Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz berkata, tidak termaktub dalam amalan demokrasi di negara ini individu yang digugurkan dalam parti tidak boleh jadi menteri besar.
“Jika dilihat dari sudut perundangan, seseorang yang digantung atau dipecat dalam parti tidak ada masalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor kerana beliau adalah Adun.

06 August 2014
Nik Aziz tak berganjak, mahu Khalid kekal MB
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor itu.
"Saya cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh 'check' (periksa) kenyataan saya dahulu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu.
Beliau yang kelihatan sedikit uzur menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu.
"Sebarang tuduhan sesama sendiri boleh membawa kesan yang tidak baik. Tidak elok untuk membuka keaiban orang lain," katanya. -Bernama

Bunuh remaja: Rambo Bentong dihukum mati
TEMERLOH - 'Rambo Bentong' atau nama sebenarnya Rabidin Satir dijatuhi
hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini
selepas didapati bersalah membunuh remaja perempuan berusia 17 tahun,
lima tahun lepas.
Notis tunjuk sebab PKR cacat, kata Abdul Khalid
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diberi notis tunjuk sebab semalam gara-gara enggan meletak jawatan, akhirnya telah mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Lembaga Disiplin PKR, hari ini.
Melalui surat yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Abdul Khalid menyentuh soal notis tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadapnya itu yang disifatkan cacat.
“Menjadi keperluan bagi notis tunjuk sebab menyatakan dengan jelas dan spesifik semua tuduhan yang dikenakan ke atas saya dengan menyatakan pelanggaran mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan parti serta peruntukan di mana-mana hukuman boleh dikenakan terhadap saya.
05 August 2014
PAS tetap mesyuarat 10 Ogos biarpun PKR pecat Khalid
KUALA LUMPUR: PAS tetap dengan pendirian mahu Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor biarpun PKR
berkemungkinan akan memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan
Klang itu.
Sumber dalaman PAS memberitahu, kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor tidak akan terjejas biarpun dipecat dari PKR dan keadaan ini membuatkan PAS akan bertegas dengan keputusannya.
"Hanya undi tidak percaya dari Adun-Adun menerusi sidang Dun sahaja mampu untuk gugurkan Tan Sri Khalid dari jawatan menteri besar.
"Kalau dipecat dari parti, kedudukan beliau tidak terjejas dan masih boleh meneruskan tugas seperti biasa sehingga adanya undi tidak percaya dari majoriti Adun dalam sidang Dun," kata sumber PAS itu kepada Astro AWANI.

6 sebab mengapa Khalid perlu disingkirkan menurut PKR
PKR menyenaraikan enam sebab mengapa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus disingkirkan dari jawatan menteri besar Selangor, untuk meyakinkan PAS dan DAP calon lebih baik diperlukan untuk memimpin negeri terkaya itu.
Dalam laporan diserahkan kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), PKR mengatakan integriti Khalid dipersoalkan apabila hutang RM66.67 juta menteri besar penggal kedua itu diselesaikan di luar mahkamah, perjanjian tanah meragukan dengan pemaju, projek Lebuh Raya Kidex, perjanjian penstrukturan air dengan Putrajaya, isu berkaitan kenaikan yuran lesen perniagaan, isu pungutan sampah dan jalan berlubang.

MB Selangor nafi dipecat
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau telah dipecat daripada PKR.
Abdul Khalid menafikan beliau menerima surat pemecatan daripada PKR sebaliknya menyatakan sehingga kini beliau masih sah menjadi ahli PKR.
"Sehingga kini saya masih belum menerima apa-apa surat berkaitan perkara itu (pemecatan).
"Jadi saya tidak perlu mengulas lanjut mengenai perkara itu," katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan mengenai kes saman rampasan tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

Khalid Ibrahim diberi surat tunjuk sebab
PKR hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab
kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kerana enggan
meletakkan jawatan.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata keputusan itu telah diambil atas arahan Biro Politik parti itu yang bermesyuarat Ahad lalu.
"Mesyuarat khas MPP (majlis pimpinan pusat) pada 21 Julai 2014 seterusnya telah membuat keputusan sebulat suara bahawa presiden PKR merangkap ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi menteri besar Selangor yang baru.

PKR desak PAS hormat hak mereka tentukan MB Selangor
PKR meminta PAS menghormati hak mereka untuk menentukan calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 21 Julai sudah menetapkan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.
"Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PAS bersetuju untuk menghormati hak PKR untuk menentukan calon MB Selangor. "Jadi tidak timbul mana-mana pemimpin PKR yang dimahukan PAS sebagai calon kompromi sebagai MB Selangor," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.
Akhbar berbahasa Cina baru-baru ini melaporkan pemimpin PAS sudah menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok Dr Idris Ahmad sebagai calon kompromi untuk memecah kebuntuan berhubung calon menteri besar Selangor. Memetik sumber PKR, Sin Chew melaporkan parti itu akan menamakan doktor perubatan itu sebagai calon kompromi untuk mengakhiri krisis tersebut yang mungkin memecahkan Pakatan Rakyat (PR).

Abdul Khalid digesa contohi komitmen ahli Umno
PETALING JAYA - Tiada seorang ahli Majlis Tertinggi Umno pun yang berani
ponteng daripada menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi parti politik
itu sekali gus membuatkan parti itu tetap kukuh sehingga ke hari ini.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun Umno kini menjadi seteru politiknya, namun tahap disiplin tinggi yang ditunjukkan ahli MT Umno dengan menghadiri semua mesyuarat parti itu perlu diteladani oleh ahli parti lain termasuk PKR di negara ini.
"Siapa kata Umno itu semua tidak baik, pengalaman saya dalam Umno sebelum ini membuktikan ahli MTnya tidak pernah ponteng dari mesyuarat parti.

04 August 2014
Khalid nafi tuduhan Saifuddin, cabar PKR lapor SPRM
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan terlibat dalam salah laku seperti yang dituduh PKR, malah mencabar partinya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri besar Selangor itu menyangkal dakwaan terlibat dalam urus niaga jualan tanah seperti didedah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
"Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung Keadilan Datuk Saifuddin Nasution. "Saya menafikan dakwaan ini kerana tidak benar sama sekali," kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini. Khalid juga mencabar Saifuddin supaya melaporkan kepada SPRM dan Bank Negara dengan segera bagi membuktikan tuduhan ke atas dirinya benar.

Pengantin Malaysia 'popular' di Israel
SHAH ALAM - Berita mengenai sepasang pengantin Malaysia yang
mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan
membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu
terhadap rakyat Palestin mendapat liputan sehingga ke negara itu.
03 August 2014
Saifuddin: 'Diam diri lebih baik'
SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak
mahu memberikan sebarang komen berhubung dakwaan Ketua Penerangan Pas
Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor Rabu lalu yang menyebut beberapa nama
termasuk namanya.
Beliau berkata, tiada apa yang perlu dijawab untuk isu tersebut.
"Saya sudah mengambil ketetapan, berdiam diri lebih banyak kebaikannya daripada saya menjawab," katanya ringkas kepada Sinar Harian, semalam.
Ditanya berkemungkinan akan ada sidang media khas berhubung perkara itu, Saifuddin menafikannya.
"Tidak.. pendirian saya jelas, tidak mahu menjawab apa-apa walaupun di mana sahaja, tiada sidang media atau sebagainya," katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)