Melaka: Seorang guru wanita bersama bersama anak lelakinya berusia
empat tahun menempuh detik cemas apabila kereta dinaiki terbabit
kemalangan dan terbalik berhampiran rumah mereka di Taman Kerubong
Perdana, Krubong di sini, hari ini.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Nissan
Almera dipandu Siti Roshidah Sahar, 33, bersama anak bongsunya, Mohd
Alif Firdaus, 4, hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian sebelum
melanggar sebatang pokok dan terbalik dengan keempat-empat tayar ke
atas.
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalan
pulang ke rumah selepas membeli barangan bagi persiapan Aidilfitri di
Masjid Tanah, Alor Gajah.
"Kemalangan mengakibatkan mangsa terperangkap di dalam kenderaan
berkenaan beberapa minit sebelum dibantu jiran, mereka bernasib baik
kerana hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke sebuah hospital
swasta untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner
Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian
berkenaan dan katanya mangsa hanya mengalami cedera ringan.
- Mymetro
No comments:
Post a Comment